Hiburan
“Saya Susah Terima Kehadiran Thamiera” - Aznie, The Gadys
Ahli kumpulan The Gadys, Aznie Azmi, mengakui pada awalnya dia sukar untuk menerima kehadiran Thamiera Chan dalam kumpulan selepas berlakunya pertukaran ahli.
Tidak Boleh Menerima Kehadiran Ahli Baru
Bukan enggan menerima kehadiran Thamiera namun, agak sukar untuk mereka mencipta keserasian antara ahli kumpulan daripada awal berbanding terdahulu.
“Sebenarnya, masa Thamiera masuk kumpulan The Gadys ni, saya sangat susah nak terima kehadiran dia.
“Bukanlah maksud susah untuk terima dia dalam The Gadys tapi susah untuk terima pertukaran ahli dimana kami perlu bermula balik dari bawah,” katanya kepada Gempak.
Aznie berkongsi perkara itu pada siding media pelancaran lagu terbaharu mereka berjudul Bullseye yang berlangsung di Wedge Range, Golf and Sosial Club, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Pada masa sama, Aznie turut memaklumkan antara momen paling sedih baginya ialah apabila berlaku pertukaran ahli kumpulan.
Baginya, keakraban antara ahli kumpulan yang dibina sebelum ini bermula daripada ikatan persahabatan.
“Untuk saya, momen paling sedih adalah bila berlakunya pertukaran ahli kumpulan The Gadys sebab kita dah bina ikatan persahabatan dengan ahli yang lain dan kumpulan kami ini pun bermula dari kawan.
“Kalau cakap pasal kecaman saya boleh terima lagi sebab saya rasa perkara itu akan berlaku juga pada suatu hari nanti. Jadi, momen paling sedih saya memang pertukaran ahli kumpulan,” jelasnya.
Sekadar info, kumpulan The Gadys sebelum ini dianggotai Nelissa Nizam dan Faa Zaini.
Namun, mereka memilih untuk mengundurkan diri dari kumpulan tersebut pada tahun 2023.
Pada tahun yang sama, Thamiera Chan mula memasuki kumpulan tersebut bagi menggantikan kedua-dua ahli kumpulan itu yang sebelum ini yang dianggotai empat orang ahli.
BERITA TRENDING: Bukan ‘Workaholic’, Tapi Jadual Kerja Erysha Emyra Dah Padat Hingga 2025 – “Saya Adalah Manusia Yang Tidak Suka…”
BERITA TRENDING: Cerita Rakyat Tak Lapuk Ditelan Zaman Masih Diminati Ramai
BERITA TRENDING: Bakal Gantikan ‘Andai Tiada Dia’, Watak Mira Filzah Dengan Ummi Nazeera Ada Perbezaan - “Tahap Kesakitan Juga Berbeza”
BERITA TRENDING: Ganti Watak Intan Dalam Andai Tiada Dia, Alicia Amin Bersyukur Diberi Peluang - "Bila Lagi Nak Dapat…”
Must-Watch Video