gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
VIRAL
“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Saya Serahkan Segalanya Kepada Ibu Mereka” - Jamal Abdillah Akui Hubungan Dengan Anak Tidak Renggang

Izwan Isa
Izwan Isa
09/06/2022
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Saya Serahkan Segalanya Kepada Ibu Mereka” - Jamal Abdillah Akui Hubungan Dengan Anak Tidak Renggang
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menafikan dirinya menjadi punca terhadap hubungan dengan anak keduanya, Zaki Yamani menjadi renggang.
Walaupun tidak tinggal bersama, namun, Jamal berkata, dia masih melayan anaknya secara sama rata dan tidak membeza-bezakan kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka.
“Untuk makluman saya masih lagi berhubung dengan anak saya. Tambahan pula, Zaki kini merupakan salah seorang peserta sebuah program televisyen dan saya juga terbabit dalam rakaman program itu,” katanya kepada Gempak.
Jamal berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Jamal berkata, dia sudah menyediakan rumah untuk kedua-dua orang anaknya itu. Tambah penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi, anak-anaknya juga terbuka untuk tinggal bersamanya.
“Saya dah siapkan semua untuk anak-anak saya. Tapi, apa-apa pun, saya serahkan segalanya kepada ibu mereka dan juga Allah SWT,” katanya lagi.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Zaki pernah meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak berpeluang untuk beraya bersama bapanya.
Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu dengan anaknya itu selepas bercerai dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.
Topic Berkaitan
#Jamal Abdillah
#Zaki Yamani
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement