,
Laman Utama

“Saya Sendiri Tak Sangka” - Datuk Seri Vida Terkejut Cik B Luah Hasrat Masuk Sekolah Tahfiz?

Hanafis Haris
12/05/2021
01:50 MYT
Siapa sangka anak usahawan dan selebriti popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mempunyai hasrat untuk mendalami ilmu agama dengan memasuki sekolah tahfiz.

Perkara itu didedahkan olehDatuk Seri Vida sendiri pada satu sidang media pelancaran lagu raya Cik B baru-baru ini.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka Cik B mempunyai niat seperti itu dan sebagai ibu dia tidak menghalang pilihan anaknya itu.

“Sebelum ini Cik B pernah cakap kepada saya dia nak masuk sekolah tahfiz.

“Katanya kalau ada sekolah tahfiz wanita dia memang nak masuk.

“Bila dengar macam tu saya sendiri tidak sangka,” katannya.

Menurutnya lagi, dia pada masa turut mempunyai perancangan sendiri dalam menguruskan masa depan anaknya,.

“Mengenai persekolahannya pula, buat masa ini dia masih bersekolah seperti biasa, cuma dałam keadaan Covid-19 sekarang ini, dia jarang pergi sekolah.

“Kalau boleh saya memang nak hantar Cik B belajar ke luar negara, malah dia menyatakan minat untuk sambung belajar di Amerika Syarikat.

“Bagaimanapun, ini semua adalah dalam perancangan dan saya akan menyokong apa sahaja yang dia inginkan,” ujarnya.

Vida berkata demikian ketika sidang media secara virtual pelancaran lagu raya Cik B berjudul It’s Raya Baby yang berlangsung baru-baru ini.

Turut menampilkan Chubb-E sebagai rakan duetnya, lagu It’s Raya Baby dilihat sangat berbeza dengan kebiasaan apabila mengangkat genre hip hop dan pop.

Untuk makluman, muzik video rasmi It’s Raya Baby telah pun dilancarkan di platform YouTube MVM Music pada 3 Mei lalu.

Lagu ini juga boleh didengari di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox dan sebagainya.

BACA: Bukan Lagu Raya Typical? Cik B Tampil Dengan It’s Raya Baby Bersama Chubb-E!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.