VIRAL
“Saya Sayang Awak Walaupun Gemuk Atau Dah Tua...” – Aliff Syukri Hadiahkan Isteri Kereta Porche Sempena Ulangtahun Perkahwinan
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berjanji kepada isterinya, Datin Seri Shahida bahawa dia akan tetap menyayangi wanita tersebut seadanya.
Aliff berkata dia akan terus sayang kepada Shahida walaupun isterinya itu menjadi gemuk atau sudah tua nanti.
Selain itu, Aliff turut memberitahu dia sayang kepada isteri kerana hati dan kesetiaan dimiliki wanita tersebut.
Saya sayang awak seadanya…Walaupun awak gemuk atau dah tua, Shahida. Saya sayang awak bukan sebab ‘awak’ tetapi sebab hati awak.
“Walaupun kadang-kadang awak tak faham saya, tetapi awak dah banyak berubah sekarang. Untuk isteriku yang tersayang terima kasih atas segala-galanya.
“Ketika saya susah awak berada disisi saya, ketika saya tengah gila stress dengan bisnes pun awak masih berada di sisi.
“Ketika saya tengah ada masalah keluarga awak masih setia menanti saya,” tulisnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Aliff memuat naik luahan hatinya itu di laman sosial Instagram (IG), menerusi IGTV dan telah ditonton sebanyak 440 ribu kali.
Menerusi video tersebut, Aliff membuat kejutan kepada isteri dengan menghadiahkan sebuah kereta Porche sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Aliff dan Shahida kemuadiannya sama-sama memandu kereta berwarna merah itu dan mengimbas kembali perjalanan hidup mereka suatu ketika dahulu.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Alif dan Shahida terus bahagia dan berjaya dalam rumah tangga serta perniagaan mereka.
Must-Watch Video