,
Laman Utama

“Saya Sambut Krismas Selama 30 Tahun Sebelum Berkahwin” - Marion Caunter

Asyikin Mayudin
27/12/2022
08:55 MYT
Masih meraikan sambutan perayaan Natal atau Krismas bersama keluarganya, selebriti dan sosialit Marion Caunter menerima kecaman netizen di laman sosial.
Menganggap Krismas sangat penting dalam hidupnya, Marion menerusi laman Instagram berkata dia sudah meraikan perayaan itu selama 30 tahun sebelum berkahwin dengan SM Nasarudin.
“Adakah anda seorang Muslim? Kenapa anda menyambut Krismas? Ya, kami adalah Muslim. Kami sambut Krismas sebab sudah meraikannya selama 30 tahun, sebelum saya berkahwin dengan Nasa, Krismas adalah sebahagian besar dan penting dalam hidup saya,” jelasnya.
Tambah Marion lagi, dia tetap mahu meneruskan tradisi tersebut bagi menghormati mendiang bapanya yang sentiasa memastikan mereka sekeluarga menyambut Krismas setiap tahun.
“Mendiang ayah saya memastikan kami sentiasa menyambut Krismas bersama setiap tahun. Ia sangat bermakna buatnya dan saya akan terus menghormatinya dengan meneruskan tradisi dengan anak-anak saya.
“Krismas merupakan dan akan sentiasa mengenai keluarga kepada saya. Tidak lebih, tidak kurang. Kami merindui awak, ayah. Hari ni dan setiap hari,” ujarnya.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti itu turut simpati dengan Marion yang terpaksa memberi penjelasan perkara itu setiap tahun.
“Entah la benda gini sensitif. Nak cakap lebih, keluarga mentua sendiri sambut Krismas. Tapi orang tak faham, macam-macam kata, siap perli lari akidah la apa. Kita hanya menghormati sekadar ucapan atau kalau ada makan-makan dalam keluarga saja ke dengan tukar hadiah gitu saja.
“Islam ok kalau awak pergi berkumpul dengan keluarga anda untuk sambut Krismas. Islam mengajar untuk menghormati agama lain. Hormat kepercayaan ibu dan adik-beradik,” komen netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dibandingkan Dengan Sarimah Ibrahim & Marion Caunter, Zahnita Tegur Netizen Puaka

gempak
22/03/2024
07:55 MYT
Tiga-tiga pun cantik, janganlah banding-bandingkan.
Laman Utama

Nancy Shukri Pesan Jangan Lupakan Tragedi Batang Kali, Mangsa Banjir Sewaktu Sambut Krismas

gempak
24/12/2022
22:50 MYT
Rakyat Malaysia diseru untuk sentiasa berbuat ihsan pada waktu yang mencabar
Laman Utama

“Jangan Ragu Untuk Hubungi Kami” - Marion Caunter & SM Nasa Buka Bantuan Pada Golongan Memerlukan

gempak
05/07/2021
08:31 MYT
Berkongsi rezeki.
Laman Utama

Marion Caunter Pakai Telekung Tarik Perhatian Netizen- “Alhamdulillah Cantiknya, Dah Lama Tunggu Gambar Macam Ni"

gempak
22/04/2021
13:45 MYT
Alhamdulillah, cantiknya Marion.
Laman Utama

Sweet! Marion Caunter Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10

gempak
17/12/2020
10:26 MYT