,
Laman Utama

“Saya Reda Dengan Pemergian Dia” - Ajoi Akhirnya Ikhlas Dengan Kehilangan Anak Buah Kesayangan

Izwan Isa
17/02/2022
01:50 MYT

Jika anda mengikuti perkembangan Ajoi Zainal sejak konsert minggu pertama Big Stage 2022, pasti ramai yang perasan apabila persembahan perdananya di pentas besar itu tidak menepati jangkaan ramai.

Sebagai peserta yang disebut-sebut sebagai penyanyi dengan suara yang unik, Ajoi gagal meraih perhatian juri, sekaligus akur dengan markah sebanyak 48.60% pada minggu tersebut.
Apakah yang menyebabkan Ajoi gagal untuk memberikan persembahan yang baik? Berpeluang bertemu dengan pemilik nama lengkap Muhammad Qaidzul Zainal Abidin itu baru-baru ini, Ajoi, 24, berkata yang emosinya sedikit terganggu pada waktu itu kerana memikirkan keadaan arwah anak saudaranya yang kritikal selepas tergelincir dalam longkang.
“Saya akui pada minggu pertama persembahan saya agak teruk. Saya hanya dapat 55 markah sahaja ketika itu. Hal ini kerana, ketika persembahan, saya asyik terfikirkan tentang keadaan arwah anak saudara saya yang sedang bertarung nyawa selepas tergelincir dalam longkang.
“Jujurnya, saya memang tak nak kongsikan kisah ini kepada orang ramai kerana nanti ramai yang anggap saya cuba raih simpati. Tetapi, saya tetap upload berita kemalangan tersebut di media sosial kerana mahukan doa orang ramai.
“Namun, Allah SWT lebih menyayanginya. Dia pergi meninggalkan kami pada 9 Februari 2022, iaitu hanya tujuh hari selepas menyambut hari kelahiran yang ke-2,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ajoi, dia mengambil masa yang agak lama untuk menerima kenyataan yang anak saudara kesayangannya, Muhammad Daniel Rizqin Muhammad telah pergi buat selamanya.
“Saya memang sangat rapat dengannya. Maklumlah, kami tinggal bersama. Saya ambil masa selama enam hari juga untuk betul-betul move on.
“Saya duduk menyendiri dalam bilik dan menangis sepuasnya. Alhamdulillah, emosi saya sudah ok selepas mencari ketenangan dengan Yang Di Atas,” katanya lagi.
Bagi minggu kedua, Ajoi menyanyikan lagu Boneka yang dipopularkan oleh Ernie Zakri. Menerusi persembahan tersebut Ajoi menduduki tangga kelima dengan markah sebanyak 54.8%.
Untuk minggu seterusnya, Ajoi bakal mendendangkan lagu daripada Hazama, Penglipur Lara.
Selain Ajoi, 10 lagi peserta yang bakal meneruskan perjuangan menerusi Big Stage 2022 ialah Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Aisha Retno.
Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini

gempak
27/04/2024
07:50 MYT
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Laman Utama

Rina Nose Mengaku Pernah Down, Jadikan Kutukan Netizen Sebagai Konten

gempak
06/12/2023
14:50 MYT
Rina Nose memang cukup terkenal dengan perkongsian video tutorial dirinya melakukan solekan sendiri.
Laman Utama

Penata Gaya Dakwa Pengurus Songlap Duit, Nadeera Zaini Buat Laporan Polis!

gempak
30/09/2023
08:50 MYT
Nadeera Zaini tampil membuat laporan polis pada Jumaat terhadap seorang penata gaya ekoran mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan pengurus, Zizi Hadid.
Laman Utama

Rocketfuel Entertainment Hadiahkan Nadeera Zaini Naskhah Baru Ciptaan Komposer Lagu Justin Bieber

gempak
19/07/2023
06:50 MYT
Rezeki Nadeera.
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Digelar Netizen Sebagai Golden Hand, Rina Nose - “Saya Memang Suka Make Up Sendiri”

gempak
12/07/2023
03:50 MYT
Rina Nose ni hebat betul make up.