,
Laman Utama

“Saya Rasa Remy Ishak Terlalu Matang Untuk Jadi Anak Saya” - Jarak Usia Tak Logik, Che Ta Tolak Watak Ibu

Izwan Isa
23/11/2021
00:50 MYT

Sebelum ini, pelakon cantik, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak pernah menolak jika diberi tanggungjawab untuk memainkan watak seorang ibu dalam drama.

Namun, keterbukaan Che Ta dalam bidang lakonan itu dilihat sama sekali tidak relevan apabila dia diminta untuk membawakan watak ibu kepada aktor popular, Remy Ishak.
"Sejujurnya, saya okay sahaja membawakan watak ibu, tapi tidaklah sehingga pelakon yang bakal menyandang gelaran anak itu terlalu dewasa sangat. Saya sendiri sering menerima tawaran untuk membawa watak ibu dan hal itu bukan satu perkara besar.
"Beragaklah kalau nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak. Saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan," katanya ketika ditemui pada majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, Homevest baru-baru ini.
Homevest disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).
Ditanya adakah dia dilantik sebagai duta syarikat berkenaan, Che Ta menjawab: “Tidak sama sekali. Tetapi saya antara individu yang turut mendapat nasihat syarikat terbabit dalam soal pemilikan dan pembelian rumah.
"Kebetulan adik ipar saya iaitu Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol menjadi penasihat syarikat terbabit, jadi saya banyak mendapatkan nasihat daripada mereka," katanya.
Dalam pada itu, Che Ta turut mengakui tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharu di Petaling Jaya, Damansara.
"Hal mengenai pindah rumah baharu ini telah tertunda sebab situasi pandemik COVID-19 negara. Sebelum ini juga saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah tidak disiapkan kontraktor yang dilantik.
"Bagaimanapun, saya cuba curi masa dan dan mengawasi proses ubah suai selepas melantik kontraktor lain,” tutup Che Ta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Filem

The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

gempak
08/06/2024
03:34 MYT
Lakonan hero malaya menerusi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts, ternyata membuatkan ramai yang terpegun kelainan dibawakan oleh Remy Ishak.