,
Viral

“Saya Pun Tak Tahu Tu Tong Sampah” - KKM Bakal Siasat Peniaga Rendam Sotong Dalam Bekas Yang Didakwa Dikhaskan Untuk Isi Sampah

Gempak
01/06/2024
23:55 MYT
Seorang peniaga menerima kecaman daripada wargamaya gara-gara menggunakan bekas yang didakwa dijual sebagai tong sampah untuk merendam sotong yang bakal diniagakan di gerai makanannya.
Menerusi satu hantaran video TikTok berserta komen yang dikongsi semula di platform X, netizen dilihat menzahirkan kerisauan memandangkan tuan empunya badan enggan mengaku salah.

Rendam sotong

“Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai yang buat macam tu jadi tak jadi masalah. Agak geram jugalah dengan jawapan dia especially dalam bab penyediaan makanan macam ni,” tulis seorang pengguna media sosial sambil meletakkan tag akaun X Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi perkongsian sama, individu yang didakwa sebagai peniaga berkenaan dilihat memuat naik sepotong video, menjawab teguran yang ditinggalkan oleh netizen.
“Ya bang, saya rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahu tu tong sampah, sebab saya main beli dekat kedai. Kedai pun tak pesan dengan saya tu tong sampah. Saya pakai je lah.
“Ramai yang pakai tong tu isi air dan untuk mandi. Bagi saya tiada masalah kut. Kalau rasa benda tu kotorlah tak bersih, takpalah awak sahaja yang anggap macam tu. Sebab tong itu bukan saya isi sampah. Macam-macamlah sekarang ni,” luahnya.
Meninjau ruangan balasan, akaun KKM dilihat meninggalkan respons, mengakui maklum mengenai perkara tersebut.
“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” tulis akaun berkenaan.
Difahamkan, kerisauan timbul dalam kalangan netizen memandangkan tong sampah didakwa dihasilkan dengan plastik yang tidak sesuai dijadikan bekas untuk menyimpan makanan.
Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

​ARTIKEL BERKAITAN: Harimau 'Kutip' Botol Plastik Sindiran Kepada Manusia

​ARTIKEL BERKAITAN: "Biarlah! Saya Punya Duit!" - Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir & Kecilkan Rahang

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

Hari Kebangsaan: Persembahan 'Cuci Rasuah' Jadi Tumpuan, Pengunjung Teruja

gempak
31/08/2024
07:25 MYT
Teruja selepas menonton klip video persembahan 'Cuci Rasuah' ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024, mendorong Suzana Ibrahim bertolak seawal 12 tengah malam tadi dari Wangsa Maju, untuk hadir awal menyaksikan persembahan itu secara langsung di Dataran Putrajaya pada Sabtu.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Sayang Anak Punya Pasal, Bapa Sanggup Ubah Suai Tong Sampah Jadikan Bumbung Basikal

gempak
10/08/2024
04:50 MYT
Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah ke hujung nyawa.