,
Laman Utama

"Saya Pernah Rasa Loya Nak Muntah Pun, Dia Sanggup Tadah Tangan" - Isteri Ali XPDC

Amri Hassan
06/05/2022
16:46 MYT
Vokalis kumpulan XPDC, Ali ralat apabila tidak dapat menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah yang dijadualkan pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini.
Ekoran keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 54, enggan menyusahkan pihak lain.
"Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti.
"Saya sepatutnya menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini. Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
"Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021," katanya kepada wakil media baru-baru ini.
Bercerita tentang sambutan lebaran tahun ini, Ali juga pasrah apabila dia kini sudah tidak boleh menjamah hidangan kegemarannya setiap kali tibanya Syawal.
"Saya teringin, tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
"Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital," tambahnya.
Sementara itu, isteri Ali, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
"Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
"Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
"Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam," ujarnya.
Ali sebelum ini dimasukkan ke hospital pada Mac lalu apabila tiba-tiba jatuh sakit. Seminggu dirawat, kesihatan Ali merosot dan terpaksa ditidurkan akibat kesukaran bernafas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Unitar