VIRAL
"Saya Pernah Lihat Jiran Saya Sendiri Jadi Mangsa Rompakan" - Anees Ayunie Tayang Kemewahan Bersebab, Masih Takut Risiko Jenayah
Usahawan dan pempengaruh Anees Ayunie mengakui konten menayang kemewahan di media sosial merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran jenamanya.
Jelas Ayunie yang sebelum ini pernah mencuri perhatian dengan video viral membeli 15 kilogram emas, tidak semua kandungan yang dimuatnaik di media sosial memaparkan keseluruhan kehidupan sebenarnya termasuk hal-hal privasi seperti kediaman dan keluarga.
"Saya pentingkan kehidupan privasi, malah lokasi rumah saya pun saya tak pernah kongsikan.
"Malah, ada jiran saya pun pernah menjadi mangsa kes jenayah," kata Ayunie kepada Gempak."Alhamdulillah sehingga kini saya selamat daripada kes-kes jenayah yang tidak diingini, namun saya melihat sendiri kawan rapat saya yang kena rompak.
BERITA TRENDING: Pempengaruh Anes Ayunie Angkut Luggage Borong Emas 15kg - "Saya Takut Harga Naik Lepas Ni, Jadi Lock Terus"
Dalam pada itu, mengulas mengenai laporan media tentang peningkatan kes jenayah disebabkan tindakan pempengaruh menayangkan kemewahan di media sosial, jelas Ayunie dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga biar tidak pernah berdepan kes tidak diingini."Apabila keluar rumah saya akan pastikan saya ada bodyguard, jika tidak saya akan bersama dengan suami. Saya pun takkan kongsikan kemana saya pergi.
"Risau tu tetap ada, kita tak nak ambil risiko.
"Sebenarnya hal tayang kemewahan ni bersebab. Misalnya, viral saya beli emas 15 kilogram tempoh hari, ia sebahagian daripada marketing sebab akan datang saya merancang untuk buka kedai emas.
"Saya nak membina kepercayaan ramai sebelum saya memulakan bisnes itu. Biar orang tahu yang saya menjual emas secara sah," tegasnya.
Must-Watch Video