Hiburan
"Saya Pernah Kena Kejar Anjing, Takut Sangat" - Siti Khadijah Atasi Trauma, Sebar Kesedaran Jangan Aniaya Haiwan
Pelakon jelita Siti Khadijah Halim berkongsi kisah trauma dan menakutkan dikejar anjing jalanan ketika berusia 12 tahun.
Kata Siti, kejadian bersama kawan baiknya itu meninggalkan kesan hingga membuatkannya takut terhadap anjing.
"Saya kayu selagi boleh, tapi saya takut sangat jadi saya terjun daripada basikal dan berselindung di belakang rumah sampah. Anjing itu menyalak dan kemudiannya berlalu pergi."Dulu ketika saya berumur 12 tahun, saya pernah kena kejar anjing. Masa tu Siti ingat lagi, Siti naik basikal bawa kawan saya, lalu di taman perumahan dan tiba-tiba ada beberapa ekor anjing jalanan kejar kami.
"Ia bukan hal yang melucukan dan sangat meninggalkan trauma kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang cedera ketika itu," katanya.
BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Siti Khadijah Kirim Doa Minta Jumpa Jodoh - “Saya Rasa Sunyi Sebab..”
BERITA TRENDING: Siti Khadijah Dituduh Biadab & Berlagak Diva Ketika Beli Kopi, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan - “Sebenarnya saya…”
BERITA TRENDING: Siti Khadijah Setuju Dengan Janna Nick Mengenai ‘Work Life Balance’ - “Saya Pernah Dimaki, Balik Lambat & Kena…”
BERITA TRENDING: Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."
Buang rasa takut
Selain takut pada anjing, Siti Khadijah mengakui dirinya turut berdepan ketakutan pada kegelapan dan laut dalam."Saya sebenarnya masih takut pada anjing tapi perlahan-lahan dapat atasi rasa takut itu. Bukan hanya anjing tapi sebenarnya saya pun takut gelap, takut laut dalam dan macam-macam lagi.
"Tapi kita dah hebat sekarang, i sleep in a pitch black room and i love diving! Super happy with the progress, id like to call it little things in life," tambahnya.
Haiwan ada perasaan
Biarpun berdepan rasa takut terhadap haiwan umpamanya anjing dan kucing, Siti Khadijah menyeru orang ramai agar tidak menjadikan ketakutan itu sebagai penyebab untuk menganiaya haiwan."Guys, I tahu ada yang takut kucing, anjing, katak and so on. I faham sangat. But if you dont like them please, i beg you, dont hurt them.
"Saya baru belajar baru-baru ini yang haiwan juga punyai perasaan sama seperti kita manusia. Ada perangai, ada trauma, ada cute traits dorang, basically ada character masing-masing. And i find that interesting, rather than just pet. Than just living creatures.
"Yes some might look down pasal these animals are helpless and you guess, cant talk. However that doesnt give you the power to hurt them!
"I sangat pantang kalau nampak orang cuba aniaya haiwan. Kalau anjing or kucing tak nak dekat kita its okay. Let them. Kalau suka kita even better. Sebab mereka boleh rasa aura kita tau! Best kan?
"I tahu panjang, thank you for your time, but i need to let this clear so you can understand my pov. Please guys, if you dont like them..please dont hurt them," ujarnya.
Must-Watch Video