,
Laman Utama

"Saya Pernah Di Atas, Apa Yang Berlaku Salah Diri Sendiri" - Aweera

Amri Hassan
02/06/2022
08:43 MYT
Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Aweera menyifatkan perjalanan seninya kini sedang melalui fasa matang dalam mengatur langkah.
Jelas Aweera, biarpun sebelum ini pernah berada di puncak dan pernah 'terjatuh', pelantun lagu Romancinta itu tidak mudah mengalah.
"Sebelum ini, macam-macam isu yang pernah saya telan. Saya ambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya salahkan diri sendiri. Ketika itu masih muda dan saya belajar. Insya-Allah semuanya akan lebih baik.
"Senang cerita ini ‘the new Aweera’, doakan sayalah. Saya mengaku silap, kita hamba yang lemah. Saya pernah berada di atas sebelum ini. Apa yang berlaku banyak mengajar, beri pengajaran," katanya.
Dalam pada itu, Aweera mengakui cerewet dalam soal pemilihan lagu dan lirik demi memastikan naskhah yang dikeluarkan kekal relevan dalam tempoh lama.
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissam, 31, berkata dia lebih mengutamakan karya yang bersifat malar segar.
"Macam contoh, lagu Isabella. Kalau dengar rasa macam baru semalam dilancarkan. Saya nak begitu. Kalau penyanyi lain mahu ketengahkan benda yang viral, itu terpulanglah. Itu hak masing-masing.
"Cuma bagi saya, saya lebih pentingkan naskhah yang ‘masterpiece’, maksudnya mungkin dalam tempoh 20, 30 tahun lagi orang tetap akan ingat lagu kita. Itu yang saya mahu," katanya yang bakal melancarkan single baharu, Menakluk Hatimu ciptaaan Tam Spider dan liriknya ditulis Keon, Julai depan.
Kali terakhir Aweera muncul dengan lagu Wanita Cinta Teragung, lebih enam tahun lalu.
Aweera ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.
"Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.
"Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.
"Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti," katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.
Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.
"Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.
"Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.
"Majlis yang bermula sekitar jam 2 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

gempak
13/09/2024
02:36 MYT
Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia akibat ditetak sebenarnya merupakan sepupu kepada penyanyi, Aweera.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.