,
Laman Utama

"Saya Percaya Restu Ibu, Keputusan Berhijab & Ikhlas Bekerja Akan Buahkan Hasil" - DJ Lin

Amri Hassan
17/07/2023
09:40 MYT
Finalis penyampai radio popular DJ Lin melahirkan rasa penghargaan buat semua peminat yang berhabisan mengundi dirinya.
Penyampai rancangan popular Suria Cinta di Suria FM itu berkata, dia hilang kata-kata dan terharu dengan sokongan berterusan sejak nama dicalonkan dalam persaingan Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35).
"Setiap hari ada saja yang beritahu mereka undi saya dan menyatakan sokongan terutamanya peminat Suria Cinta.
"Saya bertuah dengan rezeki kasih sayang yang sentiasa ada daripada peminat sejak 17 tahun lalu," katanya dalam misi mempertahankan anugerah kategori penyampai radio popular untuk kali kelima tahun ini.
DJ Lin turut berterimakasih kepada keluarga dan insan insan kesayangan yang sentiasa mendoakan dan berusaha membantu dirinya dalam menjayakan kempen sepanjang proses undian berjalan.
Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid, dia percaya restu dan doa arwah ibunya juga antara faktor kejayaannya pada hari ini.
Bukan sahaja popular, DJ Lin, 47, juga pernah dinobatkan sebagai penyampai radio terbaik dan dipercayai, dari pengiktirafan tempatan juga antarabangsa.
"Saya percaya restu ibu dan keikhlasan dalam melakukan kerja akan sentiasa membuahkan hasil tanpa terlalu megharapkan balasan.
"Saya juga yakin keputusan berhijab membuka banyak lembaran baharu dan pintu rezeki buat saya, Alhamdulillah," katanya.
Beri laluan DJ Lin juga menyerahkan segalanya kepada rezeki dan gembira kerana masih berada dalam Top 5 pencalonan anugerah berkenaan bersama Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Johan.
"Ada yang minta saya beri laluan, pada saya semua ini hadiah peminat dan mereka yang memilih dan menyokong saya.
"Tidak manis untuk saya hampakan, pada saya bersaing secara sihat dan sama-sama memeriahkan industri penyiaran negara.
"Lagipun negara kita tidak ada banyak penganugerahan jadi wajar untuk kita semua sokong serta raikan," katanya.
Sejak 24 tahun bergelar penyampai radio, anak kelahiran Johor ini sudah mendapat 13 anugerah yang menghargai kerjayanya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Menyesal Tak Jaga Kebajikan Ibu, Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

gempak
10/09/2024
22:02 MYT
"Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya," itu luahan pelakon dan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.
Viral

Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.