gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Lebih 50% Barang Dipulangkan Rosak, Siapa Nak Tanggung?" - Kak Ani Kecewa Kakitangan Kurier Rosakkan, Hilangkan Parcel Che Ani Premium
HIBURAN
Netizen Sedih Anak Itik Natasha Hudson Mati - “Tak Terfikir Aku Menangis Sebab…”
HIBURAN
Genap Usia 45, Syahrini Potong Kek Mewah Tergantung Macam Chandelier
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Saya Pegang Watak Gangster! Banyak Aksi & ..." - Ji Seung-hyun Bintangi Bluefish, Filem Kolaborasi Korea Selatan, Malaysia, Indonesia

Amri Hassan
Amri Hassan
04/08/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pegang Watak Gangster! Banyak Aksi & ..." - Ji Seung-hyun Bintangi Bluefish, Filem Kolaborasi Korea Selatan, Malaysia, Indonesia
Sebuah karya sinematik bertaraf antarabangsa sedang dalam perancangan apabila Jazzy Pictures mengumumkan penyertaannya dalam projek filem terbaru berjudul Bluefish.
Filem ini adalah hasil kerjasama tiga negara iaitu Malaysia, Korea Selatan dan Indonesia yang menyatukan kekuatan kreatif dan semangat inklusif dalam satu naskhah menyentuh tentang kehidupan orang kurang upaya (OKU).
Bluefish diterajui oleh pengarah prolifik Korea Selatan, Lee Sang-hoon, dan diterbitkan oleh pengasas Jazzy Pictures serta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), Joanne Goh.
Ia turut menampilkan bintang popular Korea, Ji Seung-hyun, yang dikenali menerusi drama Descendants of The Sun, Mr. Sunshine dan My Country: The New Age. Beliau digandingkan bersama pelakon berbakat dari Hong Kong, Cecilia Choi, yang mencuri perhatian menerusi Beyond The Dream.
Menurut Joanne, keterlibatan Jazzy Pictures dalam projek ini adalah lanjutan daripada misi mereka untuk memperluaskan kerjasama dengan produksi antarabangsa, serta membawakan naskhah berani dan penuh empati kepada khalayak.
“Bila tengok saja skrip dan jalan ceritanya yang sungguh menarik, saya terus teruja. Kisahnya menyentuh tentang golongan OKU dan saya percaya filem ini boleh pergi jauh ke peringkat antarabangsa serta dipertandingkan di festival filem luar negara.
“Bluefish bukan sekadar sebuah filem, ia adalah potret mendalam tentang insan-insan ‘patah’ yang mencari cahaya dalam tempat tak disangka. Kami teruja untuk menghidupkan kisah penuh emosi ini dan berkongsi bersama penonton di seluruh Asia dan dunia,” tambahnya.
Filem ini kini sedang dalam fasa pra-produksi dan dijadualkan memulakan penggambaran pada bulan Oktober 2025 di Busan dan Yeongdeok, Korea Selatan. Tayangan perdana dirancang pada tahun 2026 dengan anggaran bajet produksi sekitar USD1 juta.
Ini juga merupakan kolaborasi pertama Jazzy Pictures dengan produksi Korea Selatan. Syarikat produksi dan pengedaran filem dari Malaysia ini sebelum ini dikenali menerusi filem seperti Crossroads: One Two Jaga yang menerima pujian antarabangsa.
Pengarah Lee Sang-hoon berkata ilham untuk Bluefish timbul daripada pemerhatiannya terhadap cara masyarakat memandang dan melayan golongan OKU.
“Mereka sering dilihat dengan simpati senyap atau rasa tidak selesa, yang sebenarnya lebih menjauhkan mereka daripada masyarakat. Dengan filem ini, saya ingin cabar persepsi itu. Ketidakupayaan bukan satu tragedi. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan seharian yang penuh warna, cabaran dan kemanusiaan, sama seperti kita semua," ujarnya.
Ji Seung-hyun gembira
Pelakon utama Ji Seung-hyun menyuarakan keterujaannya menyertai naskhah ini, apatah lagi bergandingan buat pertama kali dengan Cecilia Choi.
“Saya sangat gembira dapat terlibat dengan projek ini. Saya harap Bluefish dapat memberi harapan dan keberanian kepada golongan OKU, dan tunjukkan bahawa mereka juga mampu hidup berdikari serta bermakna, sama seperti orang lain.
“Dalam filem ini, saya memegang watak seorang gangster. Ada banyak adegan aksi dan saya perlu persiapkan diri sepenuhnya, termasuk bersenam dan menjalani latihan stamina yang intensif," katanya.
Sinopsis
Bluefish mengisahkan Gwang-su (Ji Seung-hyun), seorang pengembara bermasalah dengan sejarah hidup yang dipenuhi keganasan. Dunia gelapnya mula berubah apabila dia bertemu dengan Yeon-jeon (Cecilia Choi), seorang gadis bisu yang bekerja sebagai penghantar susu.
Tanpa menghakimi atau takutkan Gwang-su, Yeon-jeon menunjukkan kebaikan yang tulus dalam diam. Perasaan Gwang-su mula berubah, daripada marah menjadi rasa bersalah, sebelum berkembang menjadi lembut dan peduli. Namun, satu salah faham memisahkan mereka.
Apabila Gwang-su mengetahui Yeon-jeon berada dalam bahaya, dia dihadapkan dengan dilema besar — kembali ke jalan lama atau mempertahankan satu-satunya insan yang memberinya harapan baru.
Bluefish bukan sekadar kisah cinta atau aksi. Ia adalah kisah tentang penebusan, kekuatan dalam kelembutan, dan keberanian untuk berubah dalam dunia yang sering keras terhadap mereka yang berbeza.
Nantikan tayangannya di pawagam seluruh Asia pada tahun 2026.
Topic Berkaitan
#Filem
#Indonesia
#Malaysia
#Korea Selatan
#Bluefish
#Ji Seung-hyun
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement