gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry & Keka Bercinta? Ini Jawapan Tuan Badan - “Doa Yang Baik-Baik…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: RIF - Ruang Inspirasi Fest 2025 KL
HIBURAN
Saling Berpegangan Tangan, Faizal Hussein Hadir Bersama Anak Perempuan Raih Perhatian - “Dia Ini Dari Kecil Lagi Memang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Genap Usia 45, Syahrini Potong Kek Mewah Tergantung Macam Chandelier

Maliah Surip
Maliah Surip
04/08/2025
04:48 MYT
Sponsor Banner
Genap Usia 45, Syahrini Potong Kek Mewah Tergantung Macam Chandelier
Penyanyi Syahrini menyambut ulang tahun ke-45nya dalam suasana serba mewah.
Bintang yang sekian lama menetap di Singapura itu menyambut ulang tahun pada 1 Ogos namun baru meraikannya pada 3 Ogos 2025 di sebuah penthouse hotel terkenal di Jakarta, Indonesia.
Menerusi rangkaian foto yang tersebar di media sosial, majlis ulang tahun berlatar putih itu bukan hanya berlangsung dalam suasana mewah tetapi dipenuhi para selebriti terkenal.
Mereka termasuklah Hetty Koes Endang, Melly Goeslaw dan Anto Hoed, Kris Dayanti, Yuni Shara, Ivan Gunawan dan ramai lagi.
Dan salah satu perkara yang menarik perhatian warganet adalah kek ulang tahun penyanyi Maju Mundur Cantik itu.
Kek ulang tahun enam tingkat Syahrini itu unik kerana ‘terapung’ seperti gantungan chandelier.
Bersama suaminya, usahawan kaya, Reino Barack, Syahrini dilihat memotong kek unik tersebut penuh teruja.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Syahrini
#Hari Jadi
#Kek
#Mewah
#Chandelier
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement