,
Laman Utama

“Saya Padam Posting Kari Udang Tu Sebab I Feel Bad… – Hans Isaac Tak Mahu Upload Gambar Makanan Lagi

Fiza Kamarudin
24/06/2021
05:41 MYT
Penerbit, Pengarah dan pelakon popular Datuk Hans Isaac nekad untuk tidak lagi memuat naik foto makanan yang dimakan selepas memikirkan tentang nasib kurang baik orang lain.
“Baru-baru ini saya masak kari udang, telur, sayur dan ikan masin, selepas itu saya muat naik gambar-gambar ni (di Instagram (IG)).
“Kemudian saya terfikir mungkin saya antara individu yang bernasib baik pada masa sekarang dan boleh makanan seperti itu.
“Sedangkan ramai orang di luar sana yang tengah struggle sekarang ni dan tengah susah. Tak dapat beli makan. Saya bertekad untuk masa sekarang saya tidak akan pos lagi gambar-gambar yang saya makan.
“I feel bad, some people are struggling out there,” katanya.
Tambah Hans, meskipun memasak untuk dirinya sendiri tetapi dia berasakan tidak sesuai untuk memuat naik hantaran sedemikian pada masa sekarang.
“Apapun ini pendapat peribadi saya. Ya, saya masak untuk diri sendiri tetapi ada orang tak mampu pun untuk meletakkan makanan di atas meja mereka.
“Ada yang kehilangan kerja, mempunyai masalah kewangan…,” katanya dalam nada kesal.
Dalam pada itu Hans turut memberitahu dia tidak akan berlakon lagi.
“Minta maaf saya tidak akan berlakon lagi. I’,m done with acting, maaf jika ada yang kecewa. Tetapi watak cameo atau projek khas boleh dipertimbangkan.
“Lakonan sekarang hanya sekadar hobi bukan lagi lapangan untuk mencari makan buat saya,” katanya.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 50, kini aktif dalam kerja kebajikan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kita Budak Ampang.
Sebelum ini ada khabar angin mengatakan aktor berdarah campuran itu mahu bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat bagi Parlimen Ampang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Saya Akan Jadi Orang Pertama Halang” - Suami Mohon Jangan Salah Faham, Ummi Nazeera Bukan Sertai Parti Politik

gempak
16/12/2022
05:26 MYT
Mohon jangan keliru ya.
Laman Utama

Hans Isaac Masuk Hospital, Jalani Pembedahan Batu Karang; “Perut Saya Terlalu Sakit, Sampai Tak Larat…”

gempak
13/11/2022
09:00 MYT
Semoga dipermudahkan Datuk Hans
Laman Utama

Crackhouse Comedy Club Disimbah Cat Merah & Hitam Awal Pagi

gempak
19/07/2022
23:00 MYT
Siapa pula yang dengki buat demikian?
Laman Utama

"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022

gempak
01/07/2022
12:30 MYT
Tahniah Dato Hans
Laman Utama

Gagal Pertahan Undian, Hans Isaac & Altimet Tewas

gempak
29/05/2022
10:20 MYT
Ada rezeki cuba lagi.