HIBURAN
Elliza Razak Merayu Ketakutan, Diganggu Pengutip Hutang Bekas Suami - “Dah Bercerai! Tolonglah Jangan Cari Saya!”
Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak akui kini berada dalam ketakutan selepas gangguan pengutip hutang melibatkan bekas suaminya.
Dah bercerai, tak ada kena mengena dengan bekas suami
Elliza menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memohon supaya tidak diganggu oleh pengutip hutang keran dia sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan bekas suaminya.“Banyak masuk mesej orang cari dia (bekas suami). Bunyi macam ah long minta hutang pun ada. Ya Allah tolong lah jangan ganggu ketenteraman saya dah,” tulisnya.“Saya dah bercerai! Tak ada kena mengena dengan bekas suami dah. Saya pun tak tahu dia duduk mana! “Tolonglah pada yang nak cari dia dan minta hutang, tolong jangan cari saya! Saya tak tau apa-apa pun pasal hutang dia!
Bekas suami empat bulan tak bayar nafkah
Jelas Elliza lagi, bekas suaminya juga sudah empat bulan tidak membayar nafkah untuk dua orang anaknya.“Hutang saya pun dia buat bodoh sahaja! Nafkah anak pun tidak diberi, empat bulan dah. “Tujuan membuat posting ini di sini bukan nak minta simpati tetapi saya nak minta tolong jangan ganggu saya dan anak-anak,” tegasnya.
Untuk rekod, Elliza dan bekas suaminya yang dikenali sebagai Khairul Adzwan Nasir berkahwin pada 11 November 2011. Namun mereka bercerai pada Februari 2024.
Must-Watch Video