,
Laman Utama

"Saya Nak Mencari Keadilan” - Sam Bunkface

Gempak
16/05/2023
11:25 MYT
Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shukran Yusof menetapkan tarikh 26 Jun ini untuk sebutan semula kes pindaan bayaran nafkah anak yang dituntut penyanyi, Sam Bunkface, 35, kepada bekas isterinya, Aida Azira Husin, 36.
Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Anuar Baharom ketika ditemui di perkarangan mahkamah menyatakan harapannya agar keadilan dapat diberikan dalam perkara ini.
"Saya nak mencari keadilan. Insya-Allah mahkamah yang mulia ini akan berikan keadilan. Itu saja. Selain daripada itu, anda kena tanya puan Aida (bekas isteri). Pergi tanya Aida. Saya tiada apa-apa lagi nak cakap.
"Kalau saya nak cakap sesuatu saya akan bagi kenyataan yang lebih besar. Kalau korang (kamu) nak tahu, Bunkface akan keluar album tak lama lagi," katanya sambil berjenaka kepada media selepas prosiding selesai.
Sam yang ditemani isteri, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi berkata, dia bersyukur kerana dapat berjumpa anaknya, Maleeq, 7.
Sementara itu, peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Sam berkata, Aida tampil dengan beberapa isu yang disebut dalam perbicaraan hari ini.
"Dia sebut secara lisan dan keterangannya secara am iaitu anak tak dapat kehidupan yang baik. Mereka akan beritahu pada tarikh 26 Jun ini sama ada terdapat saksi dalam kes ini.
"Hakim bagi tiga tarikh. Untuk soalan-soalan balas saksi pun pada tarikh seterusnya. Itupun jika ada dan kalau tiada kes akan ditutup. Tapi dia kata ada dan mungkin ada," katanya.
Liyana berkata, mereka tiada kepastian mungkin sekiranya saksi ada hal dan mereka mahu bawa saksi serta mahu menutup kes tanpa ada saksi semuanya bergantung kepada Aida.
"Itu yang dizahirkan kepada mahkamah , kita dengar yang itu saja," katanya.
Dalam pada itu, Aida yang hadir bersama peguamnya enggan memberikan sebarang kenyataan dan bergegas menuju ke kenderaan sejurus selepas keluar dari ruang perbicaraan.
Terdahulu, Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi itu berhubung pindaan nafkah anak lelaki tunggal mereka, Maleeq.
Aida menerusi jawapan dalam prosiding berkata, sekiranya jumlah nafkah kurang daripada RM1,300, anaknya tidak mendapat kehidupan sempurna.
"Kalau dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan dia (anak)..toys (permainan), aiskrim. Selain itu tempat tinggal juga kena selesa. Contohnya pendingin hawa yang saya kira membabitkan bil (perlu dibayar)" katanya.
Dia turut memaklumkan jumlah nafkah anak sebanyak RM1,300 yang diperoleh daripada Sam sebelum ini digunakan untuk membayar segala keperluan antaranya insurans, perubatan dan makanan.
Ditanya mengenai isu royalti, Aida berkata, dia tidak pasti sama ada bekas suaminya itu memperoleh bayaran atau tidak.
Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.
HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.