,
Laman Utama

"Saya Mula Dari Penyanyi Komedi, Ok Lah 6 Minggu" - Upiak Reda Tersingkir? Mohon Peminat Jangan Sesekali...

Hanafis Haris
27/12/2021
00:30 MYT

Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Upiak Isil memohon kepada semua peminatnya supaya tidak bersedih dengan penyingkirannya pada konsert keenam yang berlangsung malam semalam.

Menurut Upiak, dia sebenarnya sudah bersedia sekiranya terkeluar pada konsert kali ini.

"Saya sudah persiapkan diri terima kekalahan. Daripada minggu lepas pun Upiak dah ready. Upiak call mak doakan saya, mak kata kalau tersingkir jangan sedih, ini pertandingan ada kalahnya.

"Upiak sampai enam minggu oklah, syukur Alhamdulillah. Upiak mula daripada penyanyi komedi bukan serius.

"Jadi peminat jangan kecewa, kalau keluar dari GV, ada rezeki lain. Kalau tak boleh menyanyi, ada pekerjaan lain," katanya.

Tambahnya, dia juga tiada sebarang masalah apabila bergandingan dengan Usop sewaktu membawakan lagu Sembunyi (Misha Omar ft Andi Flop Poppy).

"Kami selalu berlatih, tiada masalah dengan Usop. Upiak sudah bagi yang maksima.

"Cuma kalau kita maksima, pasti ada orang lagi lebih maksima," katanya.

Terdahulu, Upiak menjadi GV8 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Upiak mendapat markah 56.3% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma empat konsert.

BACA: GV8: Beza 0.1% Dengan Bandi Amuk, Upiak Isil Tersingkir Dengan Markah ...

GV8 Konsert minggu keenam kembali dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Berita

Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

gempak
30/05/2024
08:42 MYT
Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Hiburan

"Forteen Tak Pernah Bergaduh Dengan Izzue Islam, Kami Masih Akrab" - Ameerais

gempak
13/02/2024
05:49 MYT
Anggota kumpulan trio Forteen, Ameerais menafikan wujud pergeseran dengan penyanyi dan pengacara Izzue Islam.