,
Berita

“Saya Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Tidak Dapat Kembali Ke Pentas” – Kadak Sesak Nafas Di Pertengahan Konsert

Fiza Kamarudin
03/11/2019
07:37 MYT
Pemain Bass kumpulan Butterfingers, Kadak, memohon maaf kerana tidak dapat dapat kembali ke pentas untuk meneruskan persembahannya kerana mengalami sesak nafas.
Kadak menerusi sepotong video yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG)nya memohon maaf kepada semua peminat yang menghadiri Konsert Ulangtahun ke-20 Butterfingers - Transcendence di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.
“Saya ingin memohon maaf menyusun sepuluh jari kepada semua kerana tidak dapat kembali ke stage disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.
“Sepatutnya selepas lagu Tanah Pusaka saya kembali, tapi saya mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menjalani pemeriksaan di belakang pentas.
“Selepas beberapa prosedur dilakukan, atas nasihat doktor saya dikejarkan ke hospital. Memang tak boleh nak buat apa dah sebab saya memang kena menjalani pemeriksaan lebih rapi,” jelasnya.
Bagaimanapun Kadak memberitahu keadaannya kini lebih baik dan sudah keluar dari hospital. “Alhamdulillah, semua okay dan saya pun sudah keluar dari hospital,” katanya.
Gempak difahamkan Kadak dibawa ke Hospital Shah Alam sejurus selepas kejadian.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Kadak dan meminta supaya pemain gitar bass itu supaya banyak berehat.
Terdahulu, Butterfingers menghentikan persembahan mereka dan penonton menyangka mereka berhenti untuk berehat.
Pemain gitar utama Butterfingers, Loque kemudianya tampil ke pentas memaklumkan mengenai keadaan Kadak kepada lebih 8,000 penonton di dalam stadium.
Bagaimanapun Butterfingers yang turut dianggotai Emmett (penyanyi) dan Loko (dram) tetap meneruskan konsert berkenaan dengan baik tanpa Kadak.
Butterfingers sempat mempersembahkan 24 buah lagu sepanjang hampir tiga jam konsert berlangsung.
Foto: Shafiq Shahr & Intagram @kadaxus
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gabungkan Tiga Band Gergasi Malaysia, Ini Momen-Momen Menarik Sepanjang Showcase UND3RGROUND!

gempak
07/03/2024
14:55 MYT
Momen menarik showcase UND3RGROUND
Laman Utama

NUSA FEST:  Butterfingers, Search, Wings, The Changcuters, Fourtwnty & Lainnya Korang ‘Liar’, ‘Rabak Teruk!

gempak
12/07/2023
13:40 MYT
Best atau puas hati.
Laman Utama

Jadi Headliner NUSA FEST, Butterfingers Cakap Soal Album & Projek Baharu

gempak
02/07/2023
13:50 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Search & Wings Sepentas, Butterfingers Headliner Hangatkan NUSA FEST 8 & 9 Julai

gempak
28/06/2023
11:40 MYT
Ini kerja lebih gila daripada gila
Laman Utama

One Cent Thief: “Dia Memang Best! Tak Kacak Tak Apa Janji Berlakon Tak Kayu”- Ramai Tak Puas Tengok Lakonan Amerul Affendi

gempak
06/11/2022
07:00 MYT
Love Amerul!