,
Viral

"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

Amri Hassan
20/08/2024
20:25 MYT
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.
Kata Nur Syamimi Azmi, 27, dia tidak menyangka berdepan masalah kulit yang kronik akibat penggunaan produk yang dipercayai mengandungi bahan merkuri sejak usia 14 tahun lagi.
Demi memperoleh kulit selicin kulit telur, rupa-rupanya lapisan perlindungan kulitnya perlahan-lahan menipis akibat penggunaan produk terbabit.

Nanah meleleh

Bagaimanapun, biarpun memutuskan untuk berhenti menggunakan produk terbabit selepas mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, kulitnya yang sudah terdedah kepada bahan berbahaya itu menjadi semakin parah.
Kulitnya ditumbuhi jerawat, bernanah dan merebak seluruh wajah.

“Tidur malam tak boleh, menangis setiap masa. Nanah akan meleleh keluar bila mandi. Demam sakit kepala disebabkan breakout yang teruk. Sentuh muka sakit, bayangkan kalau mandi atau nak cuci muka. Hanya Allah saja yang tahu apa yang Mimie rasa," ceritanya.

Perubahan mendadak kulit mukanya meninggalkan kesan mendalam daripada fizikal dan emosi. Individu sekeliling memandang Mimie dalam perasaan takut dan geli.
"Disebabkan itu, saya lebih banyak berkurung diri di dalam rumah daripada berjumpa dengan sesiapa. Kalau perlu juga untuk keluar, saya akan pakai pelitup muka untuk menyembunyikan jerawat bernanah.
"Namun, kebiasaannya pelitup muka yang dipakai akan menyebabkan nanah pada pipi pecah sehingga berdarah dan mengakibatkan rasa pedih tidak terhingga.
"Macam-macam usaha saya buat, termasuklah mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur. Namun, tiada sebarang perubahan pun yang berlaku. Malah, keadaan bertambah teruk," tambahnya.
@miyehhhh Replying to @Muabellarazali Ya seteruk ini, Muka bengkak nanah bertakung kat pipi, tidur malam tak boleh cuci muka tak boleh sakit??? #breakout #mercury #skinbreakout #fyp ♬ Jeritan Hati - Cut Zuhra
Walaupun berdepan situasi sedemikian, Mimie bersyukur masih punyai pasangan hidup yang sentiasa memberikannya semangat tanpa putus asa.
"Suami tak pernah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan saya. Malah, dia sentiasa memuji kecantikan saya dan yakin keadaan kulit saya akann pulih semula satu hari nanti.
"Saya pernah cakap dekat dia, carilah orang lain. Muka saya dah buruk," kongsinya lagi.
Sehingga artikel ini ditulis, video-video Mimie tular telah mencecah lebih 2.3 juta tontonan. Kini Mimie sedang mendapatkan rawatan kulit muka di AINAA Clinic yang ditaja sepenuhnya oleh pempengaruh media sosial dan pengasas produk, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina.

BERITA TRENDING: Picit Jerawat, Cabut Bulu Hidung, Boleh Undang Strok

BERITA TRENDING: 4 Minuman Ini Boleh Hilangkan Jerawat Dalam Masa Sehari!

BERITA TRENDING: Gambar Isteri Dijadikan Modal Lanc*p, Ini Tindakan Hafiz Mahamad Kepada Si Pelaku

BERITA TRENDING: "Hamba Allah Yang Lemah Ini Layak Dihina & Dikutuk Tapi Saya Takkan Lari" - Hafiz Mahamad Perlukan Masa, Minta Nasihat Pakar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.