HIBURAN
“Saya Minta Maaf, Ustaz” – Mamat Sepah Tampil Mohon Maaf Selepas Video Menyampuk Tular
Pelawak, Mamat Sepah, tampil memohon maaf kepada Ustaz Syamsul Debat susulan video tular yang memperlihatkan dirinya menyampuk semasa pendakwah itu sedang bercakap dalam sebuah podcast baru-baru ini.
Permohonan maaf itu dikirimkan secara peribadi melalui WhatsApp dan kemudiannya dikongsikan oleh Mamat dalam bentuk tangkap layar di Instagram Story miliknya.

“Salam ustaz… saya minta maaf kat ustaz… disebabkan saya viral pula isu ustaz dengan saya di media sosial… lagi sekali saya mohon maaf sangat-sangat,” tulis Mamat dalam mesej kepada Ustaz Syamsul.
Kemudian, Ustaz Syamsul membalas mesej itu dengan tenang dan profesional.
“Tak adalah. Bukan apa pun. Dia orang saja nak heboh-hebohkan. Kita ni borak hari tu aje,” balas Ustaz Syamsul.
Terdahulu, netizen mengecam tindakan Mamat selepas satu klip dari sesi podcast tular di media sosial.
Dalam video itu, Ustaz Syamsul kelihatan menegur Mamat secara terbuka kerana menyampuk ketika dirinya sedang bercakap, sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai “tidak cerdik.”
Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai netizen menyokong teguran Ustaz Syamsul, manakala sebahagian pula mempertikaikan etika Mamat.
Must-Watch Video