,
Viral

"Saya Mengaku Itu Anak Saya" - Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

Amri Hassan
03/09/2020
08:14 MYT
Penyanyi Nora Ariffin mengakui gadis yang tular videonya bercumbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis merupakan anak perempuannya.
Terkilan dengan kejadian tersebut kata Nora dia telah melakukan yang terbaik untuk mendidik darah dagingnya ke jalan yang betul.
"Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan. I admit, it is her.....................
"Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
"Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.
"Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan," katanya menerusi sebuah entri di Instagram.
Tambah Nora, dia berharap anak perempuannya itu akan belajar daripada kesilapan dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang.
"Saya berdoa semua dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik insya-Allah.
"Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing," tambahnya.
Terdahulu tular sepotong video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.
Turut menjelaskan situasi sebenar, kata Putri Nor Dahlia, dalam video terbabit dia telah dipaksa dan cuba mengelak daripada dicium.
"Saya dipaksa, dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak.
"Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa.
"Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa, tapi saya marah dia selepas video itu, kitorang dah break," jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.
Nora sebelum itu telah berkongsi khabar pilu setelah ibu mertuanya, Nora Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Hiburan

Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

gempak
11/09/2024
09:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan perpisahan yang berlaku antara dia dan bekas suami sebelum ini bukanlah di atas kerelaan dirinya.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.