,
Laman Utama

“Saya Menangis & Mental Breakdown” - Menang AJL35, Rupanya Ini Maksud Di Sebalik Air Mata Kaka Azraff!

Hanafis Haris
15/03/2021
03:13 MYT
Penyanyi, Kaka Azraff mendedahkan maksud di sebalik kesedihannya sebaik saja diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) semalam.
Menurut Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, dia tidak dapat menahan sebak kerana memikirkan arwah neneknya yang baru saja meninggal dunia baru-baru ini.
BACA : Ibu kepada ratu rock negara Ella Aminuddin iaitu Yang Asmah Long telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.
Kata Kaka, apa yang lebih perit, neneknya itu meninggal ketika dia sedang dalam persiapan berlatih untuk persembahan lagu Gila.
“Banyak cabaran dan dugaan terpaksa saya lalui sebelum persembahan final ni.
“Tiga hari lepas Kaka hilang nenek tersayang, so Kaka terpaksa pendam semua perasaan tu.
“Waktu tahu nenek meninggal, Kaka menangis, saya breakdown satu hari, memang tak dapat nak berlatih waktu tu.
“Tapi Kaka tak teruskan merintih atau rasa sedih, Kaka cuba hold semuanya, sebab nak selesaikan AJL. Saya tak nak kecewakan yang lain.
Jelasnya, ketika di atas pentas juga dia berasakan seperti semangat arwah dekat dengan dirinya.
“Sebab dia yang ajar Kaka menyanyi masa kecil, dia kawan baik Kaka.
“Kaka tak sempat nak merintih dia punya pemergian tu sebab Kaka kena fokus AJL. Itu cabaran yang Kaka lalui sebenarnya.
“Apapun Kaka tak pernah rasa nak tarik diri, jauh dari sudut hati sikit pun tak ada.
“Kalau arwah nenek Kaka ada pun, mesti dia tak nak Kaka tarik diri,” katanya.
Kaka berkata demikian ketika sidang media AJL3 yang diadakan secara virtual, semalam.
Untuk rekod, Lagu Gila ciptaan dari Noki, Loca B serta Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) yang berlangsung di MBSA Shah Alam, pada malam Ahad.
Lagu Semalam nyanyian Aina Abdul pula berjaya mengungguli tempat naib juara manakala Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah berada di tempat ketiga.
Ernie Zakri berjaya merangkul trofi Vokal Terbaik menerusi lagu Gundah.
BACA : Gila Juara AJL 35
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Viral

Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

gempak
05/10/2024
11:45 MYT
Seorang lelaki berusia 36 tahun bersikap kejam apabila tergamak menjual bayinya kepada pasangan berkahwin lain yang sudah lama menantikan zuriat.
Viral

Lelaki Perempuan Bergaul Bebas, Dakwa Ada Roh Rasul Dalam Diri, Ajaran Cahaya Disekat!

gempak
05/10/2024
09:30 MYT
Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat.
BorakSeeni