,
Laman Utama

"Saya Memang Suka Suprise"- Isteri Tunggu Hari Bersalin, Saharul Ridzwan Teruja Nak Tahu Jantina Anak Ketiga

Syafiqah Jalal
18/01/2023
23:06 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan akui teruja hendak mengetahui jantina bayi ketiganya yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa dalam masa terdekat ini.
Kata Saharul, sejak anak kedua lagi dia sengaja buat kejutan untuk diri sendiri tentang jantina bayi sehingga hari dilahirkan.
"Saya tengah berdebar ni kerana isteri saya memang tengah tunggu hari bila-bila masa sahaja akan bersalin...tak hari ini mungkin esok insyaAllah.
"Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini. Saya suka akan perasaan teruja seperti ini sebab saya memang suka suprise.
"Terdahulu masa anak kedua juga saya guna elemen yang sama kerana momen untuk tahu jantinan bayi sebaik sahaja dia bersalin memang seronok," katanya kepada Astro Gempak.
Saharul ditemui selepas pelancaran lagu runut bunyi untuk filem terbaharu lakonannya Coast Guard di TUDM Subang pada Selasa.
Filem Coast Guard yang turut dibintangi Julia Farhana Marin dan Datuk Fizz Fairuz akan menemui penonton di pawagam tanah air mulai 2 Februari ini.
Selain berdebar menanti saat kelahiran anaknya, Saharul juga meluahkan rasa bimbang terhadap isterinya Qaabila Deena Emir yang dalam masa mempunyai ketulan fibroid.
"Sekarang ni doktor akan pantau sama ada isteri boleh bersalin normal atau pembedahan kerana ada ketulan fibroid di dalam rahimnya.
"Doakan lah saya cuma harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya," katanya lagi.
Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena pada 16 September 2016. Mereka sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 6; dan Fateema Azzahra, kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.