,
Laman Utama

"Saya Makan Nasi Dalam Sebulan Dua Kali" - Eina Azman

Zulaikha Yusof
03/03/2021
00:50 MYT
Pelakon Datin Eina Azman, 26, mendedahkan dia hanya makan nasi sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkata ini adalah caranya untuk mengekalkan berat badan serta saiz pinggang idaman.
"Saya jaga makan sebab saya nak makan lebih banyak. Saya suka sangat makan nasi tapi nasi tak suka saya.
"Setiap kali makan nasi ja badan akan terus naik berkilo-kilo. Jadi sekarang ni saya akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekal kan berat dan pinggang idaman saya," tulisnya.
Eina menjawab pertanyaan peminat di ruangan Ask Me A Question yang bertanya sama ada dirinya seorang yang mudah untuk naik berat badan.
"Jenis senang naik badan ka? Sebab nampak diet sangat. Cemburu sebab tak sekuat tu tahan nafsu makan," tanya individu yang tidak diketahui identiti.
Dalam pada itu, pelakon drama komedi thriller, The Maid memilih buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti nasi bagi tidak berasa kelaparan.
"Kalau tak makan nasi, akan makan apa untuk tak lapar? Cuba untuk menurunkan berat badan tapi asyik gagal," tanya seorang pengguna.
"Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayur sayuran. Insya-Allah okey dan kenyang," balas Eina.
Sekadar makluman, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah berkahwin pada 31 Ogos 2014. Mereka dikurniakan sepasang kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia lima tahun.
Jangan lupa saksikan Eina dalam The Maid, setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man

gempak
24/08/2024
21:55 MYT
Pelakon utama filem Keluang Man iaitu Nas Muammar Zar sanggup berkorban demi menjayakan karakter dan tanggungjawabnya dalam filem itu.
Berita

Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

gempak
14/05/2024
07:30 MYT
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
Hiburan

Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun

gempak
30/04/2024
11:06 MYT
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Hiburan

Diana Danielle Tolak Bariatrik, Percaya Kurus Secara Semulajadi - “Bukan Saya Tak Boleh Turun Berat Cuma…”

gempak
27/03/2024
04:56 MYT
Diana Danielle lebih suka kurus secara semulajadi.
Viral

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

gempak
20/03/2024
03:55 MYT
Makan tak salah, tapi kesihatan kena jaga
BorakSeeni