,
Laman Utama

“Saya Mahu Ada Unsur Melayu” - Remy Ishak Pilih Nama Klasik Untuk Anak

Mya Amri
19/08/2023
12:01 MYT
Pelakon, Remy Ishak memilih nama yang cukup klasik buat anak lelakinya iaitu Tuah Alam.
Menurut Remy, sejak dahulu lagi dia sememangnya mengimpikan nama penuh kemelayuan jika mendapat anak lelaki.
Nama Tuah Alam itu juga turut dipersetujui oleh isteri kesayangannya, Ezza Yusof.
“Masa saya bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur unsur Melayu.
“Saya pilih nama Melayu, saya nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan Ezza dan dia pun setuju,” katanya.
BACA: Remy Ishak Timang Anak Lelaki, Isteri Bersalin Normal - "It's A New Journey For Me Sebagai Bapa"
Dalam pada itu, Remy menambah, ada beberapa nama lain yang turut disenarai pendekkan untuk anaknya sebelum memilih nama Tuah Alam.
“Selain daripada Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander, sebab hari tu saya ada baca buku Alexander.
“Tapi last sekali kita lock dengan Tuah Alam. Nak ada nama mix juga pada mulanya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.
“Tuah mungkin orang akan ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu sahaja. Ini pendapat individu.
“Ada orang mahu letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi untuk saya Tuah itu… Kenapa tidak kita letakkan nama Melayu terus.
“Maksudnya Tuah adalah Tuah. Jadi daripada pakai nama Arab saya terus pakai nama Melayu sahaja.
Terdahulu, Remy dan Ezza menimang cahaya mata pertama yang dilahirkan pada pukul 11.17 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada 27 Julai lalu.
Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Jika ingin mengetahui kisah Remy, isteri dan anak, jangan lupa ikuti digital bytes #OhBabyRemy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Filem

The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

gempak
08/06/2024
03:34 MYT
Lakonan hero malaya menerusi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts, ternyata membuatkan ramai yang terpegun kelainan dibawakan oleh Remy Ishak.