,
Hiburan

“Saya Kembali Rasa Bahagia” - Hafidz Roshdi

Gempak
01/01/2024
02:55 MYT
Pelakon Hafidz Roshdi akui kini sedang melalui fasa bahagia bersama cinta pertamanya iaitu Athira Yuhada.
Menurut Hafidz, dia berasa sangat bahagia dan tenang selepas apa yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.
"Perasaan saya sekarang sangat gembira. Alhamdulillah, kami dapat disatukan selepas mula mengenali antara sama lain sejak 2009.
"Jujurnya, saya kembali rasa bahagia sekarang. Apapun orang nak kata, saya biarkan sahaja.
"Setiap manusia buat kesilapan, jadi jangan kita hukum dengan kesilapan. Jangan kerana satu kesilapan dibuat, semua kebaikan kita tak nampak," katanya seperti dilapor BH Online.

BERITA TRENDING: "Allah Tunjukkan Saya Tak Berbohong" - Nurul Shuhada

Tambah Hafidz lagi, dia berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya sejak dahulu sampai sekarang.
"Semoga yang baik-baik untuk saya dan isteri serta mereka yang mendoakan kami.
"Soal hubungan dengan bekas isteri, Nurul Shuhada, tiada komen.
"Saya harap dapat melupakan apa yang pernah terjadi antara kami," katanya yang masih belum terima tawaran lakonan, buat masa ini.
Terdahulu, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016 namun pasangan ini bercerai pada 27 Julai 2023 selepas melalui proses mahkamah.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah

Hafidz kemudiannya bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam dengan sekali lafaz pada 16 Disember 2023.
Pada majlis pernikahan itu, Hafidz menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan.

BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”

Bagaimanapun, tidak seperti pengantin lain, perkahwinan Hafidz dan Athira ternyata menerima kecaman hebat netizen.
BH ONLINE
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

“Dulu Saya Memang Terfikir Mengapa Allah Berikan Saya Ujian Sebegini, Apa Salah Saya” - Nurul Shuhada

gempak
07/09/2024
00:25 MYT
Diduga dengan pelbagai masalah hidup termasuk perceraian, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengakui kehidupannya kini sudah semakin baik.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

“Kita Tak Boleh Mengharapkan Semata-Mata Bahagia & Tidak Boleh Menolak Kecewa” - Alif Teega

gempak
03/09/2024
06:25 MYT
Selepas kontroversi mengenai isu seleweng derma dan kes isteri fail penceraian, setiap hantaran yang dibuat pempengaruh Alif Teega pasti meraih perhatian wargamaya.