,
Laman Utama

“Saya Juga Manusia Biasa…”- Jovian Mandagie Terkilan Didakwa Guna Kabel Bapa Mentua

Syafiqah Jalal
17/08/2022
22:45 MYT
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie meluah rasa terkilan dengan dakwaan menggunakan pengaruh bapa mentuanya yang juga Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi tujuan perniagaan dan peribadi.
Jovian berkata, tidak adil jika ada pihak menuduhnya sebegitu kerana dia sudah terbabit dalam perniagaan iaitu industri fesyen sebelum menjadi menantu kepada PM.
"Kalau nak ikutkan saya juga manusia biasa tentu ada rasa kecil hati, tapi saya tidaklah ambil secara peribadi kerana saya seorang yang sangat positif.
"Orang selalu kata saya dibiayai oleh duit kerajaan walhal saya tak pernah pun ambil kesempatan.
"Malah saya memulakan perniagaan dulu pun bermodalkan wang ibu saya sebanyak RM5,000. Bertitik tolak daripada situ, perniagaan saya mula berkembang dan saya dipertemukan dengan beberapa pelabur persendirian.
"Kalau nak kata saya ambil kesempatan, bagaimana saya boleh buka butik di Jalan Maarof, Bangsar yang menelan belanja berjuta-juta dan ketika itu saya belum berkahwin pun dengan Datin Nina Ismail," luahnya kepada Astro Gempak.
Jovian ditemui media ketika majlis pelancaran produk terbaharunya, korset Wonder Suit by Jovian yang diadakan di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya pada Rabu.
Bagaimanapun, Jovian tidak menafikan bapa mentuanya turut memainkan peranan dalam membantu mempromosikan produk keluarannya terutama ketika di awal penularan wabak Covid-19.
"Namun saya tak nafikan mungkin kedudukan bapa mentua itu membuka jalan dengan lebih luas terutama ketika pandemik apabila beliau memakai pelitup muka jenama saya setiap hari di kaca TV.
"Ia sekali gus memberi publisiti dan membawa rezeki kepada perniagaan yang sedang diusahakan. Ingin saya tegaskan bukan dia yang suruh saya buat perniagaan itu, tapi ia adalah usaha dan kerja keras saya sendiri.
"Saya boleh kata kami melengkapi antara satu sama lain," katanya.
Terdahulu nama Jovian sering menjadi bahan perdebatan di media sosial apabila setiap bisnes yang diusahakan pasti dikaitkan dengan penggunaan duit kerajaan hanya kerana pengaruh bapa mentuanya itu.
Pada majlis Wonder Suit by Jovian, pereka fesyen itu turut memperkenalkan empat selebriti terkenal sebagai duta produk iaitu Rozita Che Wan, Ning Baizura, Ifa Raziah, Sherry Alhadad dan Dolla.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

gempak
21/08/2024
06:55 MYT
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.