,
Berita

“Saya Jaga Bayi Di Wad, Tak Pernah Buat Anak Orang”- Ibu Adam Rayqal

Syafiqah Jalal
19/07/2018
05:16 MYT
Ibu kepada Adam Rayqal, Farah Madihah akui terkilan dengan apa yang berlaku kepada anaknya berusia lima bulan yang ditemukan meninggal dunia dalam peti sejuk pada 3 Julai lepas.
Farah, 28, yang bertugas sebagai jururawat di wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur berkata dia tidak pernah menjangkakan tragedi hitam itu akan menimpa keluarganya dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan mereka.
"Saya jaga bayi di wad, saya tidak pernah buat anak orang, bila orang buat Adam begitu saya tidak boleh terima.
"Saya rasa terlalu sekejap bersama anak. Adam baru berusia lima bulan, memang asyik teringat dia (Adam Raykal) bila di rumah... saya tidak boleh bayang macam mana Adam menangis ketika kejadian," katanya.
Menurutnya, beliau kini reda dengan insiden yang menimpa anak sulungnya itu meskipun pada awalnya asyik menangis teringatkan Adam Raykal.
Pada awalnya beliau mengakui agak sukar untuk mempercayai pengasuh berkenaan, namun wanita itu berjaya meyakinkannya dengan berjanji menjaga Adam Raykal sebaik mungkin.
"Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia (pengasuh) beri keyakinan dan menjaga anak OKU (Orang Kurang Upaya) sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya kepadanya," katanya.
Menceritakan detik kejadian, Farah Madihah berkata pengasuh berkenaan menghubunginya dan mendakwa suaminya Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, telah mengambil anak mereka.
"Saya memang betul-betul ingat anak dilarikan, tak terfikir dia (pengasuh) bertindak sedemikian,"katanya.
Farah Madihah berkata dia kini bercuti dan masih menunggu keputusan permohonan pertukaran ke Terengganu.
Pada 3 Julai lalu, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves disini sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis di bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian.
Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar