,
Laman Utama

“Saya & Isteri Hidup Bersama, Dia Tahu Orientation Saya Sejak Azali”- Gay? Dr Say Dah Tak Kisah Apa Orang Nak Fikir

Mya Amri
10/08/2022
09:23 MYT
Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say tampil menjelaskan peristiwa menyebabkan ramai yang salah faham tentang orientasi seksualnya.
Dr Say menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menceritakan segalanya bermula selepas dia memasuki satu pertandingan badan cantik di Malaysia.
“Oktober 2013 saya habis belajar medic di India. Sebelum housemanship bermula, saya menyertai pertandingan badan cantik dekat Malaysia. Sempat sertai empat pertandingan dan menang tempat pertama untuk semua pertandingan itu.
“Satu hari saya dapat satu poster pertandingan yang saya ingatkan pertandingan kelima badan cantik. Saya ons sahajalah dah alang-alang win streak, lepas itu ada kawan-kawan yang join badan cantik pun sertai pertandingan itu.
“Hadiah besar RM3,000, siapa tak terduduk hadiah banyak tu tahun 2014. Lepas sign up, katanya pertandingan itu ada dua bahagian. Bahagian pertama macam runway, kemudian top 12 akan masuk bahagian kedua.
“Masa bahagian pertama, little that I know yang club where the competition was held was a club kaum pelangi. Saya naive, mana saya nak tahu kat Malaysia wujud kelab sebegini.
“Nak tarik diri dah terlambat maka saya teruskan runway pakai jeans dengan t-shirt putih. Tup tap saya terpilih masuk top 12. Masa ni baru dia beritahu untuk bahagian kedua, you have to do a performance dan depa bagi seminggu untuk persiapan,” kongsinya.
Tambah Dr Say lagi, isterinya, Dr Azura Abbas yang masih lagi berstatus tunang pada ketika itu mengetahui tentang pertandingan tersebut.
“Saya ini kaki bangku segala benda, baik bola sepak, menyanyi, menari. Saya tanya bini yang masa tu tunang saya, ‘apa i nak buat ni?’. Gelak-gelak dia tersebut Magic Mike.
“Terus saya muat naik filemnya, amati tariannya dan terasa mudah pergerakannya sebab macam flexing cuma dengan pakaian yang pada awalnya penuh jadi berkurangan saban waktu.
“Maka Dr Say bersewakan uniform bomba dengan persembahan Magic Mike terhasil. Siapa yang tengok video tu kat Twitter, saya mengaku itu saya. Am I proud of it?
Definitely not but back then I thought as long as I didn’t do any harm to anyone, it’s fine. Sepanjang pertandingan tu pun, tunang saya @azuraabas sentiasa ada di sisi,” jelasnya.
Mengakhiri perkongsiannya, Dr Say menyatakan dia tidak mengambil pusing tanggapan negatif netizen asalkan isterinya mengetahui kebenaran tentang dirinya.
“Saya menang pertandingan itu. RM3,000 itu buat hantaran kawin kot. Zaman jahiliah masa tu peeps. Menjawab soalan ‘What is something everyone always gets wrong about you that you would like to change’, I must say I wouldn’t change anything.
“Orang nak fikir apa fasal saya, fikirlah. Saya dan isteri hidup kehidupan ini sama-sama dan dia tahu orientation saya sejak azali. That’s what matters most,” coretnya.
Terdahulu, Dr Say dan Dr Azura telah berkahwin pada 30 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aezreil dan Sefriel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Hiburan

Gaji Content Creator Cecah Puluhan Ribu Ringgit, Dr Say Dedah Pernah Terima ...

gempak
23/08/2024
09:55 MYT
Selebriti media sosial Dr Say mendedahkan dia ada menerima bayaran sebagai pembuat kandungan atau 'content creator' yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Hiburan

Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah -  “Bila Sebut CCTV, Dia...”

gempak
15/08/2024
02:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan pembantu rumah warga Indonesia yang kantoi membawa lelaki asing ke dalam rumahnya tempoh hari telah diusir dan tidak lagi berkerja bersamanya.
Hiburan

Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

gempak
01/08/2024
08:05 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say menjawab persoalan netizen mengenai mengapa membenarkan pembantu rumah memiliki telefon.
Hiburan

Terkesan Kes Dr Say, Catriona Ross Tak Beri Kepercayaan Pada Maid - “Betapa Baik Pun Kita Layan, Tidak Menjamin Akan Dihormati”

gempak
01/08/2024
00:55 MYT
Pelakon, Catriona Ross merupakan antara artis yang terkesan selepas mengetahui kes mengenai pembantu rumah doktor selebriti, Dr Say.