gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
HIBURAN
"Bukan Semua Tiri Itu Jahat" - Shila Amzah Titip Kata-Kata Buat Ubai
BERITA
Bayi 3 Bulan Dir*gol, Video Dirakam Dan Dijual
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

“Saya Harap Mereka Berdua Dapat Berbaik” - Awie

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
15/07/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
“Saya Harap Mereka Berdua Dapat Berbaik” - Awie
Penyanyi rock, Datuk Awie berharap hubungan penyanyi Shila Amzah dan legenda Datuk Amy Search dapat berbaik semula.
Jelas Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, dia cuba untuk menasihatkan kedua-dua belah pihak supaya tidak lagi memanjangkan konflik.
“Saya pun berharap sangat supaya Shila dan penyanyi legenda itu berbaik dan tidak akan memanjangkan cerita ini. Sebab saya tahu penyanyi tersebut orangnya jenis bercakap lembut dan Shila dan tentulah dia pula wanita.

“Kita pun tahu ada pasang surutnya kehidupan kan. Jadi, harap-harap mereka kekal baik.

“Kita rakan satu industri seni ini, pusing kanan pusing kiri akan jumpa juga akhirnya. Jangan gaduh-gaduh, jangan keruhkan lagi suasana yang tengah teruk di mana kita boleh lihat artis dan industri mudah dihina oleh netizen,”katanya kepada Gempak.
Awie berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress di Astro, pada Selasa.
Pada masa sama, pelatun lagu Tragedi Oktober itu turut mengakui dia berasa sangat tertekan apabila namanya dikaitkan dalam kemelut antara mereka.

“Saya minta maaf kerana saya pun stres. Saya pun terpaksa kena nak bersihkan nama saya.

“Saya cuma berdoa semoga orang boleh ingat kebaikan saya, asyik ingat buat jahat sahaja. Saya pun ada buat kebaikan untuk pengetahuan semua,”jelasnya.
Awie juga berkongsi dimana dia sentiasa memberi sokongan kepada rakan industrinya itu.
“Dia ada minta maaf. Saya cakap kalau perlukan apa-apa bantuan, beritahu. Saya akan cuba bantu mana yang boleh,”kongsinya.

BERITA BERKAITAN: Bukan Awie Mahupun Ella Tapi Bapa Nabila Huda Yang Serang Shila Amzah

BERITA BERKAITAN: "Amy, Kau Ceritalah Benda Sebenar" - Awie

BERITA BERKAITAN: Awie Terkilan, Nama Dipetik Serang Shila Amzah - "Siapa Yang Terlajak Itu Cepat-Cepat.."

Pada 10 Julai lalu, Shila berkongsi kejadian diserang seorang penyanyi legenda dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Susulan itu, netizen membuat spekulasi mengaitkan tiga nama penyanyi legenda termasuk Datuk Awie, Datuk Amy Search dan Ella kerana artis tersebut turut terlibat dalam acara tersebut.
Pun begitu, Shila kemudiannya mengesahkan bahawa individu yang mengherdiknya ketika sesi latihan untuk sebuah konsert itu ialah Amy.
Polis juga sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan daripada Shila.
Hasil siasatan mendapati tindakan Amy itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penyanyi berkenaan yang didakwa mencampur urusan keluarganya.
Sekadar info, The Chosen One XTRA bakal menemui anda seisi keluarga bermula 25 Julai 2025, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611) & Astro Ria (saluran 104).
Topic Berkaitan
#Awie
#Amy Search
#Shila Amzah
#Berbaik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement