Laman Utama

“Saya Faham Rakyat Malaysia Sensitif Sekarang Tapi Bukan Alasan Hilang Adab” - Dr. Rafidah

gempak
Mya Amri
31/05/2021
10:15 MYT
Sponsor Banner
“Saya Faham Rakyat Malaysia Sensitif Sekarang Tapi Bukan Alasan Hilang Adab” - Dr. Rafidah
Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah berharap netizen dapat menjaga adab ketika memberikan komen atau kritikan terhadap orang lain di platform media sosial.
Dr. Rafidah menerusi hantaran terbaharu di akaun juga menyatakan ada segelintir netizen hanya gemar membaca tajuk dan terus membuat tanggapan sendiri tanpa memahami isi kandungan penuh sesuatu artikel yang dikeluarkan.
“Saya faham kesemua rakyat Malaysia sangat sensitif sekarang. Tetapi, pada pendapat saya, ini bukan alasan untuk hilang adab; samada dari segi pertuturan atau apa yang jari jemari kita tulis.
“Kita terkenal dengan adab tatasusila ketimuran yang tinggi dari dulu. Bercakap lembut, hormat menghormati antara satu sama lain; termasuk di media sosial. Saya sangat berharap kita jangan menghancurkan imej baik ini.
“Ramai yang hanya baca tajuk dan tidak menghayati keseluruhan artikel atau kenyataan. Saya juga perasan ramai juga cybertroopers dan pelik, yang lain pun ikut mengutuk juga,” coretnya.
Tambah Dr. Rafidah lagi sepanjang penglibatannya di media sosial, dia sudah lali dengan pelbagai karenah atau kecaman yang ditujukan kepadanya.
“Sejak penglibatan saya di media sosial, macam-macam sudah kena. Dari pelbagai sudut. Tidak mengapa, saya akan buat apa yang saya mampu sahaja. Terima kasih kepada yang menyokong, dan terus menyokong,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dr. Rafidah juga memohon maaf sekiranya ada yang tersalah anggap mengenai kenyataannya.
“Terima kasih kerana memahami apa sebenar maksud tweet saya ini. Walaubagaimanapun, saya mohon maaf kepada semua.
“Death has never been a laughing matter to me, or any healthcare professional. ICUs nationwide just can’t cope. I believe occupancy is even well beyond these numbers,” tulisnya.
BACA: "Berpendidikan Tapi Tak Berperikemanusiaan" - Dr. Say Bidas Doktor Pakar Persenda Kes Kematian COVID-19!
Terdahulu, nama Dr. Rafidah menjadi trending di Twitter selepas dia didakwa membuat kenyataan berbentuk sakartik berkaitan dnegan jumlah kes kematian COVID-19 di platform media sosial miliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024