,
Laman Utama

“Saya Dah Ada Demo…”- Hun Haqeem Bersedia Lancar Single Sulung, Ingin Kolabrasi Bersama Kakak

Shahrin Zulkifle
26/06/2022
10:39 MYT
Nama Hun Haqeem sedang memuncak naik dengan bakat lakonan yang dipamerkan sering mendapat pujian peminat.
Cukup selesa dalam bidang lakonan, kini Hun atau nama aslinya Haqeem Hermy, 24, berkongsi cerita untuk beralih ke bidang nyanyian pula.
Ketika ditemui Gempak, Hun memaklumkan niat untuk mengeluarkan single yang sudah lama dirancang tetapi baru kali ini dia memandang hal itu ke arah lebih serius.
“Saya sentiasa ada niat dan rancang untuk keluarkan lagu, tapi saya masih ada perasaan segan.
“Jika boleh dikongsikan, ada beberapa komposer yang pernah melamar saya seperti Audi Mok dan saya juga ada menulis lagu sendiri.
“Saya memang teringin untuk ada lagu sendiri. Insya-Allah akan datang jika ada rezeki dan dipermudahkan.
“Saya sudah ada demo lagu sebenarnya, namun saya tetap memerlukan pendapat orang yang lebih professional untuk membantu saya menjayakan projek ni,” kongsi Hun.
Disudut lain, Hun turut memasang hasrat sekiranya diberikan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama kakaknya yang juga merupakan pemain gitar kumpulan ExposeBand, Nureen Qistina.
“Sebelum ni mungkin ada yang pernah tonton beberapa cover kami berdua. Untuk merealisasikan impian itu pada saya nak kata mudah tak mudah, nak kata susah tak susah juga.
“Saya tidak kisah jika saya keluar lagu seorang atau duet sebabnya tujuan saya tetap sama iaitu untuk hiburkan pendengar dan peminat saya,” ujarnya ringkas.
Hun turut bersedia menerima baik buruk pendapat netizen selepas ini sekiranya lagu terbarunya dilancarkan kelak.
“Saya dikenali sebagai pelakon, untuk tampil sebagai penyanyi sebenarnya agak menakutkan saya.
“Dulu mula-mula jadi pelakon pun saya tidak menyangka akan jadi pelakon dan dikenali, maka jika saya ingin jadi penyanyi mungkin saya akan buat perkara yang sama, just follow the flow.
“Berkenaan keceman netizen saya sudah bersedia sebabnya saya buat apa yang saya minat, saya rasa mereka pun tidak akan anggap saya sebagai penyanyi hebat dan mereka mesti faham,” jelas pelakon kacak itu.
Hun ditemui ketika majlis sambutan setahun Sooka, Sooka Dah Besar Sekarang dan majlis pelancaran siri original Sooka “Hantu Raya Pergi Perang” pada Khamis lalu yang bertempat di Rex Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Hiburan

“Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

gempak
13/09/2024
14:55 MYT
Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa gembira selepas kakaknya, Nureen Qistina berjaya menunaikan hasrat untuk bermain gitar di majlis perkahwinannya sendiri.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

"Sendu? Tak Boleh Pukul Rata Semua Selebriti... Kami Pun Perlu Berehat" - Suki Low

gempak
19/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Suki Low tampil memberi respon terhadap dakwaan dirinya semakin kurang popular (sendu).