VIRAL
"Saya Cemburu Tengok Lelaki Pandai Masak" - Hafiz Mahamad Cuba-Cuba Buat Pizza, Tak Sangka Feedback Cakap Sedap!
Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mengakui tidak pernah ada dalam perancangan hidupnya untuk belajar membuat pizza hingga menjadi minat utama ketika ini.
Jelas Hafiz, minat itu bermula tanpa dirancang dan hanya dibuat untuk mengisi masa lapang sebelum sibuk dengan perancangan terbaharu bersama syarikatnya Ainaa Beauty.
“Saya tengah ada masa lapang. Semua persiapan Ainaa Beauty dah siap. Saya bosan tak tahu nak buat apa, jadi saya belajar buat piza.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh viral. Saya tak pernah plan pun. Yang makan pun cuma staf saya dan ejen stokis. Diorang kongsi dekat media sosial… tiba-tiba je jadi macam ni (viral),” kata Hafiz yang masih terkejut dengan sambutan luar jangka.
Sebenarnya, jauh dalam hati Hafiz mengagumi golongan lelaki yang handal memasak. Perasaan itu yang membuatkannya nekad untuk belajar biarpun akui prosesnya rumit.
“Saya cemburu tengok lelaki yang pandai masak. Bagi saya, itu sangat manis. Dia dah kerja keras sejak dari dapur lagi. Jadi saya pun nak cuba. Mula-mula susah, tapi sebab saya nak sangat, saya start dengan piza dulu,” katanya.
Bagi Hafiz, memasak bukan sekadar hobi baharu, tapi juga ruang untuk berkongsi rezeki. Katanya, dia tak pernah terfikir nak jadikan ini bisnes, malah kalau ada rezeki nanti, dia ingin memberikan hasil air tangannya secara percuma.
“Saya belum plan nak buka kafe ke apa. Tapi bila saya dah pandai shaping doh semua tu, saya akan mula serve. Tapi bukan buka order lagi, saya nak bagi FREE je dulu.
"Agama pun ajar, kalau nak pahala, beri orang makan. Jadi saya belajar masak pun dengan niat tu juga," tambahnya.
Must-Watch Video