,
Laman Utama

“Saya Bukan Tomboy” – Zahirah MacWilson

Shahrin Zulkifle
20/10/2022
04:00 MYT
Pelakon jelita, Zahirah MacWilson akui tidak mudah untuk membawakan watak sebagai seorang wanita tomboy dalam drama terbaharu lakonannya, Tiada Maaf Buatmu.
Jelas Zahirah, 27, watak tersebut sedikit berlainan berbanding watak yang sebelum ini pernah dibawakan dalam mana-mana nashkah sehinggakan dia berasa sedikit kekok untuk menjayakannya.
“Watak saya kali ini sedikit lain sebab saya perlu menjadi seorang yang agak boyish, ala-ala tomboy macam itu.
“Mungkin ada orang akan kata nampak seakan senang, namun sejujurnya agak susah untuk bawa watak tersebut, sebab saya bukan tomboy.
“Sebab bila tengok orang yang memang tomboy dia sudah natural sebegitu, untuk saya yang bukan tomboy nak ke arah situ sedikit kekok, lagi-lagi melibatkan babak yang berjalan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Zahirah yang membawakan watak Aina Cempaka dalam drama tersebut menjadikan individu yang memiliki sifat tomboy sebenar sebagai rujukan.
“Walaupun agak susah, saya ambil sebagai satu cabaran supaya kali ini saya tampil lain daripada lain berbanding watak-watak yang pernah dibawakan dalam mana-mana drama atau filem sebelum ini.
“Untuk membantu jadi tomboy saya hanya melihat kepada realife people yang tomboy, saya cuba untuk tiru gaya mereka sedikit dan daripada situ saya bawakan dalam watak tersebut,” tambahnya.
Selain Zahirah, Tiada Maaf Buatmu turut menampilkan pelakon tanah air seperti Aiman Hakim Ridza, Hafreez Adam, Wan Raja, Watie Sadali dan ramai lagi.

Sinopsis:

Tiada Maaf Buatmu mengisahkan Aina Cempaka seorang gadis yang mengalami kecelakaan sehingga ia merubah kehidupannya. Perbuatan abangnya yang tidak melangsaikan hutang pemilik kelab malam menjadikan Aina Cempaka mangsa keadaan. Kejadian itu membuatkan kehidupan Aina Cempaka menjadi lebih malang apabila dia kehilangan ingatannya. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Namun, takdir menemukan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal kembali apabila dia mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di syarikat Faiz Iqbal.
Saksikan Tiada Maaf Buatmu yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 September 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama, Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Hiburan

Nenek Zahirah MacWilson Meninggal Dunia, Rasa Bertuah Dapat Jaga Arwah - “Orang Yang Akan Simpan Setiap Berita Artikel…”

gempak
12/08/2024
01:18 MYT
Nenek kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Faridah Nyak Mohamad telah menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam, Ahad.
Hiburan

Netizen Puji Zahirah MacWilson Tetap Cantik Walaupun Rambut Serabai Ketika Berpantang - "Aku Baby 6 Minggu Macam Kena Dera Laki”

gempak
17/07/2024
06:55 MYT
Masih dalam proses berpantang, pelakon Zahirah MacWilson berkongsi perkembangan terkini mengenai cahaya mata keduanya iaitu Inara Raisa yang kini berusia enam minggu.
Hiburan

Zahirah, Aiman Selamat Menyambut Kelahiran Anak Ke-2, Inara Raisa

gempak
02/06/2024
11:01 MYT
Pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka, Inara Raisa.
Hiburan

Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”

gempak
08/05/2024
07:55 MYT
Alamak...