,
Hiburan

"Saya Bukan Nak Gugat Kerjaya Pereka Fesyen" - Zur Eda Tampil Koleksi Pakaian Sendiri

Kamaruddin Razal
23/05/2019
14:00 MYT
Penyanyi senior, Zur Eda Mokthar tampil dengan koleksi pakaiannya sendiri, Zur Eda Celebrity.
Bekerjasama dengan pereka fesyen dan kasut terkenal Lan Baharin, Zur Eda menghasilkan rekaan baju kurung dengan sentuhan tersendiri.
"Sebelum ini, saya memang aktif berniaga biskut dan kerepek. Alhamdulillah, pada tahun ini, saya menceburi pula bidang fesyen, bekerjasama dengan Lan Baharin.
"Jadi, saya dan Lan bergabung idea bersama menghasilkan rekaan koleksi baju kurung untuk wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun dan ke atas," kata Zur Eda.
Menjual koleksi pakaiannya secara atas talian menerusi akaun Instagram miliknya, Zur Eda mahu memeriahkan lagi industri fesyen.
"Menerusi koleksi ini, saya menampilkan konsep tropika dan alam semula jadi. Semuanya dijual menerusi laman Instagram saya atau Instagram @butikzureda.
"Tujuan saya tampil dengan koleksi pakaian sendiri bukanlah mahu menggugat pereka fesyen. Saya cuma nak memeriahkan industri sahaja. Saya harap kehadiran saya dapat diterima dengan baik," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa

gempak
21/04/2024
09:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zur Eda turut menyatakan rasa gembira dan syukur atas jemputan Yayasan Nurjiwa dan usahawan Jay Ibrahim Al Islam kepadanya.
All Together Now 2021

Adinda Juara ATNMY Episod Ulang Tahun Astro Ke-25, Jangan Lupa Konsert Mingguan Buka Tirai Malam Ini!

gempak
12/09/2021
04:45 MYT
All Together Now Malaysia (ATNMY) meraikan ulang tahun Astro ke-25 malam tadi.
Berita

“Abah Dah Tak Sakit Lagi...”- Bapa Zur Eda Meninggal Dunia

gempak
24/03/2020
04:19 MYT
Berita

“Kau Kurniakanlah Kesembuhan & Kekuatan Buat Abah...”- Bapa Zur Eda Jatuh Sakit

gempak
12/12/2019
03:05 MYT
Berita

Zur Eda Selamat Timang Cucu Kedua

gempak
04/11/2019
23:38 MYT