,
Berita

"Saya Bukan Mulut Masin, Tapi Saya Otak Masin" - Farahdhiya

ZULHILMI JALIL
24/11/2020
07:45 MYT
Kita sering dinasihatkan agar sentiasa menjaga tutur kata sekiranya ingin bertutur akan sesuatu perkara.
Hal ini kerana bimbang sekiranya apa yang diperkatakan itu menjadi kenyataan, terutamanya apabila ia melibatkan percakapan yang tidak elok.
Orang tua-tua kata, mulut masin!
Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon dan penyanyi Farahdhiya yang merasakan bahawa dirinya bukanlah seorang yang sering berdepan dengan situasi mulut masin.
Sebaliknya, pelakon berusia 35 tahun itu mendakwa dirinya lebih cenderung untuk berdepan kejadian yang berlaku dengan apa yang sering terlintas di fikirannya.
"Saya bukan mulut masin, tapi saya ni otak masin. Biasanya, apa yang saya fikir benda itulah yang sentiasa betul terjadi.
"Tak berkata apa-apa pun, tapi yang terlintas di kepala inilah yang selalu menjadi kenyataan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Bahkan, menurut Farahdhiya, keadaan tersebut secara tidak langsung adakalanya membimbangkan dirinya.
"Takut juga kalau situasi bila fikir-fikir sendiri, nanti betul-betul memang terjadi.
"Contohnya kalau saya jumpa orang, terfikir orang ni tak jujur, nanti adalah insiden yang berlaku betul nak tunjukkan orang tu begitu," katanya yang kini muncul dengan filem berjudul Mulut Masin.
Bercakap mengenai filem yang sudah ditayangkan sejak 19 November itu, kata Farahdhiya, naskhah tersebut merupakan kerjasama sulungnya bersama pengarah Razaisyam Rashid.
"Dalam cerita itu, saya memegang watak sebagai Mak Ngah yang merupakan isteri kepada Aloy Paradoks dan mempunyai dua orang anak kecil," katanya.
Selain Farahdhiya, filem Mulut Masin menampilkan pelakon kanak-kanak, Jay Nazif, Danishn Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman sebagai teraju utamanya.
BACA: Berbakat Sungguh Budak Ni! Jom Kenali 4 Pelakon Kanak-Kanak Dalam Filem Mulut Masin
Naskhah terbitan Astro Shaw itu turut menampilkan pelakon Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Aloy Paradoks, Khatijah Tan dan ramai lagi.
BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!
Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 hari ini.
Setiap langganan, anda berpeluang menyaksikan filem tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.