gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Siti Jamumall Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak - “Saya Maafkan, Tapi Nak Bersatu Kena Ada…”
BERITA
Nahas FRU: “Saya Maafkan Pemandu Lori” - Isteri Allahyarham Koperal Amiruddin
BERITA
Kes Lemas Berulang, UniSZA Keluar Notis Larangan Aktiviti Di Air
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Saya Bukan Calon Sesuai Untuk Buat Isteri” - Nonny Nadhirah Tolak Lamaran Cinta Individu Tidak Dikenali

gempak
Umirah Halim
01/02/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Bukan Calon Sesuai Untuk Buat Isteri” - Nonny Nadhirah Tolak Lamaran Cinta Individu Tidak Dikenali
Pelakon penyanyi sensasi, Nonny Nadirah berkongsi tangkap layar berupa mesej lamaran yang dikirim oleh individu tidak dikenali.
Menerusi satu hantaran dalam InstaStory, Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 35, individu tersebut difahamkan mengajak dirinya untuk berkahwin.

Bukan calon sesuai

Bagaimanapun, Nonny memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana menganggap dia bukanlah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri.
“Eh dia propose kita pulak. Saya bukan calon yang sesuai untuk buat isteri. Sila cari pasangan lain,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Di samping itu, Nonny juga menzahirkan rasa syukur dengan kehidupan solonya.
“Alhamdulillah saya bersyukur saya single. Tiada jodoh kat dunia saya request awak kat akhirat. I love you sweetheart. Aaarrgghhh my keffiyeh man! I love you ya Allah,” tambahnya lagi.
Sebelum ini Nonny beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila berkongsi tindakan pelik termasuk memuat naik video membotakkan kepala, berendam dalam baldi, memuat naik foto separuh bogel selain bertuala sambil terkangkang.
Walaupun menegaskan sekadar menjual produk, perkongsian video dan gambar keterlaluan itu membuatkan ramai netizen bimbang akan tahap kesihatan mentalnya.
Sebelum ini Nonny juga difahamkan menyepi dari industri hiburan selama tiga tahun disebabkan masalah peribadi sebelum muncul kembali sekitar Ogos tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Buat Hal Lagi! Kali Ini His*p P*ting Sambil Berkemban

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Bukan Hadap Publisiti, Ada Sebab Botakkan Rambut & Anggap Diri Tak Seksi - “Bagi Saya, Apa Yang Saya Buat Semua…”

Topic Berkaitan
#Cinta
#Lamaran
#Nonny
#Tolak
#nadhirah
Must-Watch Video