,
Laman Utama

“Saya Bukan Bos, Masih Kuli” - Fasha Sandha Mohon Maaf Video Berendam Dengan Suami

Asyikin Mayudin
15/09/2023
00:40 MYT
Susulan video berendam dalam jakuzi dengan suami dikritik, pelakon Fasha Sandha akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya.
Berterima kasih atas komen pujian, Fasha menjelaskan dia hanya menjalankan tugas dan video itu juga sebahagian daripada tuntutan kerjanya.
"Kalian yang memuji terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli.
"Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen. Saya minta maaf kepada yang tidak suka saya berpelukan dengan suami," kata Fasha.
Dalam pada masa sama, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini mengambil segala teguran dan kecaman secara positif serta menganggap netizen mengambil berat terhadap dirinya.
"Orang tegur atau kecam atau puji bermakna orang masih ambil tahu dan sayang. Dalam dunia ini perlu ada orang tegur dan kecam juga, untuk menjadikan kita manusia lebih baik," ujarnya.
Sementara itu, pelakon drama Khilaf Asmara itu meminta orang ramai untuk mendoakan perkahwinannya bersama suami agar kekal hingga ke akhir hayat.
"Pejam celik dah enam tahun kami bersama, syukur. Ya, perkahwinan ini adalah pinjaman daripada Maha Esa, kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini. Cuma kita mendoakan agar pinjaman ini kekal ke akhir hayat.
"Doakan yang baik-baik semoga yang baik-baik juga jadi pada kalian. I love you. Lovers atau haters, saya masih sayang kalian," katanya lagi.
Terdahulu, tindakan Fasha memuat naik video memaparkan aksi mesra bersama suami di dalam jakuzi atau tab mandi telah mengundang kritikan orang ramai.
Malah ada segelintir netizen yang menyifatkan tindaka aktres itu kurang sopan memandangkan dia merupakan seorang public figure.
BACA SINI: Aksi Mesra Fasha Sandha Berendam Dengan Suami Dikritik - “Dalam Islam Pun Larang Tunjuk…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.