,
Laman Utama

“Saya Botakkan Kepalanya” - Nizam Laksamana Kongsi Pengalaman Sedih Lihat Isteri Derita Kanser

Izwan Isa
22/06/2022
23:57 MYT
Penyanyi senior, Nizam Laksamana mengakui fasa paling menyedihkan dalam hidupnya adalah ketika terpaksa melihat isteri tercinta, Salwati Zulkifli ‘berperang’ dengan sakit kanser payudara.
Nizam berkata, banyak hal melibatkan emosi yang harus ditempuhi ketika fasa itu. Namun, dia berasa bersyukur kerana isterinya kini sudah kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan sama seperti individu normal lain.
“Isteri saya pernah menghidap kanser payudara dan penyakit itu berlanjutan sekitar setahun lebih. Namun alhamdulillah, kanser dia dah hilang.
“Dia wanita yang hebat. Dia tahan sakit dan melalui proses kemoterapi sebanyak enam kali. Bukan semua orang boleh menahan sakit ketika proses berkenaan. Tanyalah Elyana.
“Bila sampai rawatan keempat dan seterusnya, rambut mula gugur. Atas permintaan isteri, saya botakkan kepalanya. Saya juga turut botakkan kepala tanda memberi sokongan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nizam berkata, ujian yang diterima oleh isteri telah menerbitkan rasa kesabaran yang tinggi dalam dirinya.
“Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang sabar. Tapi saya berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menjaga isteri ketika dia memerlukan saya.
“Apabila berada dalam kesakitan, emosinya terganggu. Jadi saya kena banyak sabar. Saya jaga keperluan hariannya seperti menyuapkan makanan dan menukarkan baju. Saya pastikan saya sentiasa berada di sisinya.
“Ada juga rakan wartawan yang nak bantu saya dan isteri dengan mengadakan tabung kutipan. Tetapi saya menolak. Saya kata doakan sahaja. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan isteri saya kini sudah kembali sihat sepenuhnya,” katanya lagi.
Tahun lalu, media pernah melaporkan Salwati terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masalah kemurungan, ketika sedang menjalani rawatan bagi memulihkan dirinya daripada kanser payudara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ibu Hidap Kanser Payudara, Afiq Muiz Ambil Keputusan Untuk…

gempak
16/06/2023
00:12 MYT
Semoga ibu Afiq Muiz lekas sembuh
Laman Utama

Sesak Nafas, Hampir Pitam... Ibnor Riza Kini Dirawat Di Hospital

gempak
15/01/2023
06:30 MYT
Doakan Ibnor Riza diberi kesembuhan...
Laman Utama

[VIDEO] Janna Nick Baru Tahu Rupa-Rupanya Alergik Telur & Berisiko Tinggi Hidap Kanser Payudara

gempak
21/07/2022
02:55 MYT
Janna Nick mendedahkan dirinya berdepan risiko beberapa penyakit berbahaya antaranya kanser payudara dan kanser kolorektal.
Laman Utama

“Bukan Untuk Isteri, Saya Ambil Semangat Pesakit Kanser” - Nizam Laksamana Anjur Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0

gempak
29/04/2022
10:57 MYT
Alhamdulillah! Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 ini bakal berlangsung pada 4 Jun depan
Berita

Achey, Nabil Sumbang RM15,000 Bantu Kajian Kanser Payudara- “Orang Lelaki Pun Berisiko”

gempak
12/10/2020
10:19 MYT