,
Hiburan

"Saya Boleh Jadi Diri Sendiri & Tak Menipu Diri Sendiri" - Buka Hijab, Fathia Latiff Kembali Freehair

Kamaruddin Razal
25/04/2019
01:19 MYT
Selepas kecoh beberapa bulan lalu pelakon Emma Maembong buka tudung, kini giliran Fathia Latif pula tampil dengan imej baharu, lapor Astro Awani.
Fathia dilihat tidak lagi memakai hijab malah kini dia tampil dengan rambut pendek.
Menurut laporan portal tempatan, Fathia tampil ke sebuah majlis pertunjukan fesyen dengan tidak mengenakan hijab dan dia tidak dipergaruhi oleh mana-mana pihak.
Dia juga menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri dan dia memakai hijab ketika dulu hanya kerana dia sedang kecewa dan murung.
"Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” ujarnya kepada portal tersebut.
Di akaun Instagram miliknya, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latif, 32 tahun, telah memadam semua gambarnya yang memakai hijab sebelum ini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia - "Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak"

gempak
18/05/2024
01:34 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.
Hiburan

"Kafir Itu Itu Tuduhan Kasar, Saya Masih Amalkan Agama Islam" - Fatiya Latiff

gempak
25/03/2024
06:09 MYT
Pelakon Fathia Latiff menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam
Hiburan

“Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang Tau” - Fathia Latiff

gempak
21/03/2024
05:29 MYT
Fathia bengang dengan netizen.
Hiburan

“Kalau Nak Tangkap, Tengok Balik Diri Kita” - Fathia Latiff Anggap Aib Seseorang Tak Perlu Disebarkan

gempak
10/03/2024
04:55 MYT
Fathia cuma luahkan pendapatnya.
Hiburan

Kontroversi Fathia Latiff, Ini Jawapan Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza

gempak
06/03/2024
07:34 MYT
Bagusnya Zahirah dan Aiman ni.