,
Hiburan

"Saya Bertuah Masih Hidup" - Gordon Ramsay Alami Kemalangan Basikal, Menggeletar Tunjuk Kesan Lebam

Amri Hassan
16/06/2024
11:13 MYT
Pantang maut sebelum ajal! Cef selebriti popular Britain, Gordon Ramsay bertuah masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika melakukan aktiviti berbasikal baru-baru ini.

Pakai topi keledar

Menggeletar ketika berkongsi semula peristiwa hitam itu, Ramsay, 57, sempat berpesan kepada pengikutnya tentang kepentingan memakai topi keledar.

"Minggu ini, malangnya, saya mengalami kemalangan yang sangat teruk dan ia benar-benar mengejutkan saya. Secara jujur, saya bertuah kerana masih berada di sini.

"Saya mempunyai mesej sangat penting untuk semua bapa di luar sana... pakai topi keledar! Tidak kira betapa dekatnya perjalanan itu, (lebih-lebih lagi) bersama anak-anak, pakai topi keledar," katanya menerusi hantaran video di media sosial.

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Dia Perasan Wey Sudu Kayu Kecik”- Khairulaming Terkejut Gordon Ramsay Approved Resipi! Siap Nak Datang Malaysia

BERITA TRENDING: Teruja Jumpa Cef Popular Gordon Ramsay, Telefon Siti Nurhaliza Buat Hal Waktu Bergambar; “Tiba-Tiba Hang…”

Ramsay pada masa sama turut menunjukkan kesan luka lebam pada anggota badannya dengan menyifatkan kejadian tersebut sebagai "minggu yang kejam."
@gordonramsayofficial Sound ON for this one…with #FathersDay ♬ original sound - Gordon Ramsay
"Saya sihat dan tidak patah tulang atau cedera parah tetapi saya mengalami lebam yang kelihatan seperti ubi ungu.
"Saya berterima kasih kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan di Hospital Lawerence + Memorial di New London yang menjaga dan memeriksa saya... tetapi yang paling saya berterima kasih adalah topi keledar saya, yang telah menyelamatkan nyawa saya," katanya.

BERITA TRENDING: Netizen Terkejut Restoran Gordan Ramsay Malaysia Bayar Gaji Staff Murah Sedangkan Makanan Harga T20

BERITA TRENDING: Makan Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Persoal Nora Danish - “Masalahnya, Halal Ke Tak?”

BERITA TRENDING: Anak Gordon Ramsay ‘Naik Hantu’ Disindir Tembam Kerana Selalu Makan Masakan Ayahnya

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.