,
Hiburan

“Saya Bertongkat Kerana…”- Kimal Margasatwa Dedah Punca Pakai Tongkat

Syafiqah Jalal
15/09/2020
18:32 MYT
Vokalis kumpulan Margasatwa, Kimal akui selesa membawa tongkat setiap kali mengadakan persembahan nyanyian.
Menurut Kimal atau nama sebenarnya Mohd Akmal Hakim Mokhtar ,28, pada mulanya dia bertongkat selepas kakinya cedera ketika bermain rugby tapi kini sudah selesa bertongkat meskipun sudah sembuh.
Malah Kimal membuat keputusan untuk menjadikan tongkat itu ‘trademark’ dirinya sebagai vokalis kumpulan tersebut.
“Sebenarnya pertama kali saya pakai tongkat ketika persembahan dengan Margasatwa di Tanjung Malim, Perak.
“’Waktu itu memang saya sedang cedera lutut selepas main rugby, jadi saya pakai kerana itu saja pada mulanya.
“Tapi lama kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan saya pula bila setiap kali buat persembahan mahu bawa tongkat bersama.
“Lagipun selepas saya lihat gambar persembahan saya bersama tongkat ia nampak satu kelainan. Terus saya mahu jadikan ia sebagai trademark saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam masa yang sama, Kimal memberitahu tongkat itu mempunyai makna kepada dirinya.
“Pada saya bila bertongkat ni ia mengingatkan saya betapa kita manusia ini sangat lemah.
“Malah ia juga mengingatkan kita bahawa kita bakal menggunakannya juga bila kudrat kita lemah dah tua nanti,” katanya lagi.
Margasatwa turut dianggotai oleh Syahir, Majid, Fadhil Imran James dan Shadiq Sapian.
Terbaharu Kimal muncul bersama Monoloque dan Njwa dalam lagu Selamatkan Legasi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

5 Momen Best Di Acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast, Oh Qi Razali & Monoloque Pun Ada!

gempak
22/06/2023
11:58 MYT
Sebahagian daripada kempen 'Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.'
Laman Utama

'Gema Lela Bimasakti' Nama Putera Bongsu Monoloque, Peminat Puji; "Dahlah Handsome, Nama Pula Unik"

gempak
31/12/2021
08:25 MYT
Nama unik dan klasik berpisah tiada dengan Monoloque!
Laman Utama

Legenda, Belasungkawa Tertinggi Versi LoQue & Kimal

gempak
12/08/2021
11:15 MYT
Lagu ini dimuatkan dalam album Gamelan Melayu berkembar yang bertajuk Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21)
Laman Utama

Punya Elemen Anime & Muzik Melayu, Yang Asli Versi Jepun Jadi Penghormatan Margasatwa Buat Olimpik Tokyo 2020

gempak
02/08/2021
22:15 MYT
Ini adalah kolaborasi Margasatwa bersama CakapJepun.com
Laman Utama

“Alhamdulilah Doa Kami Termakbul”- Loque MonoloQue Bakal Timang Anak Ke-4

gempak
28/07/2021
11:50 MYT
Loque MonoloQue Bakal Timang Anak Ke-4