,
Laman Utama

“Saya Berminat”- TMJ Mahu Taja Pelumba Moto2 Negara Hafizh Syahrin

Gempak
06/06/2021
00:03 MYT
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik perhatian peminat sukan permotoran tanah air apabila menzahirkan minat untuk menaja pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Tunku Ismail bertitah demikian dalam reaksi balasnya terhadap satu soalan yang dilontarkan seorang pengguna Instagram sama ada baginda berminat untuk menaja Hafizh, yang mewakili pasukan NTS RW Racing GP ketika ini.
"Saya berminat," demikian reaksi ringkas pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) terhadap soalan berkenaan dalam sesi soal jawab di laman Instagram baginda malam tadi.
Pelumba berusia 27 tahun itu kini menduduki tangga ke-21 dengan kutipan lapan mata dalam kedudukan pelumba bagi saingan Moto2 musim 2021.
Hafizh merekodkan keputusan terbaiknya musim ini Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dalam Grand Prix (GP) Itali pada saingan yang berlangsung di Sirkit Mugello.
Walaupun memulakan perlumbaan dari tempat ke-20, pelumba kelahiran Selangor itu, melakukan tungganggan cemerlang untuk memintas seorang demi seorang pelumba, untuk berada di tempat kelapan pada pusingan terakhir.
Bagaimanapun Hafizh, dipintas pelumba pasukan American Racing Dream, Cameron Beaubier di garisan penamat, sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan, 34.849 saat di belakang pelumba Red Bull KTM Ajo Remy Gardner yang memenangi perlumbaan dengan catatan masa 39 minit dan 17.667 saat.
Rakan sepasukan Remy, Raul Fernandez (+0.014) di tempat kedua, manakala pelumba Sky Racing Team Marco Bezzecchi (+8.021), ketiga.
Hafizh masih boleh berbangga dengan penambahbaikan motosikalnya, dengan buat kali pertamanya menamatkan perlumbaan dalam kalangan 10 terbaik, sejak menyertai pasukan itu musim ini dan membawa pulang tujuh mata.
Hafizh dijadual beraksi pada pusingan ketujuh saingan Moto2 di GP Catalunya di Barcelona, Sepanyol, dengan sesi kelayakan akan dijalankan malam ini manakala perlumbaan pula malam esok.
Sumber Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Saya Tidak Membenarkan Sebarang Tindakan Atau Ugutan Yang Menyalahi Undang-Undang” - TMJ

gempak
31/05/2024
08:55 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan melibatkan pegawai polis pengiring yang dipercayai melakukan kekasaran terhadap seorang di individu baru-baru ini.
Laman Utama

TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."

gempak
04/10/2023
01:35 MYT
Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersyukur beliau dan keluarga berada dalam keadaan selamat susulan kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.
Laman Utama

Agensi Travel Nafi Taja Abang Tesla & Isteri-Isteri Umrah, Segala Perkhidmatan Hanya...

gempak
07/09/2023
23:32 MYT
Abang Tesla tak minta sponsor?
Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: Netizen Kritik Kenapa Tak Taja Program Agama, Aeril Zafrel; "Amal Ibadah Kami Jarang Tunjuk"

gempak
10/05/2023
05:50 MYT
Aeril Zafrel tak tunjuk ibadah!
Laman Utama

TMJ Umum Berundur Dari JDT, Serah Tugas Kepada Pengurusan Kelab

gempak
09/06/2022
09:53 MYT
Beri ruang.