HIBURAN
“Saya Berehat Untuk Cari Ketenangan” – Bukan Sebab Kontroversi, Aniq Suhair Dedah Alasan Sebenar Menyepi Dari Dunia Seni
Pelakon muda berbakat, Aniq Suhair, akhirnya membuka mulut mengenai keputusannya menyepi dari dunia seni sejak lebih setahun lalu.
Menafikan bahawa keputusannya itu disebabkan kontroversi atau tekanan, Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 24, menjelaskan bahawa dia sengaja mengambil masa untuk berehat dan memberi fokus sepenuhnya kepada pelajaran.
Aniq kini menuntut dalam bidang perniagaan di sebuah universiti swasta menjelaskan bahawa waktu rehat itu memberi peluang kepadanya untuk memberi fokus kepada akademik, selain mencari ketenangan dalam kehidupan.
“Saya tak rehat sebab ada kontroversi. Cuma saya berehat memang untuk fokus belajar. Saya nak settle apa yang patut. Bila saya dah sedia, baru saya comeback.
“Saya memang bersyukur dulu saya diberi ketenangan. Saya memang mendekatkan diri dengan Tuhan, tingkatkan iman,” katanya dengan nada tenang,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 turut mengakui bahawa tempoh berehat lebih setahun bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang menarik sepanjang tempoh tersebut.
“Sayang ada job yang best saya tak boleh nak buat. Tapi dalam hidup ni kita ada fasa yang nak reflect diri kita, cari ketenangan,” ujarnya.
Meskipun dunia seni masih menjadi impian dan minatnya, Aniq menyatakan bahawa dia perlu berehat sebentar untuk ‘reset’ semangat, terutama setelah bertahun-tahun sibuk dengan penggambaran.
“Dah lama shoot, kita nak rehat kejap lah untuk dapat semangat itu balik,” tambahnya.
Sebelum ini, Aniq pernah disensasikan dengan kontroversi menghamilkan wanita luar nikah.
Must-Watch Video