,
Laman Utama

“Saya Bawa Watak Bujang Lapok Versi 2020…”- Zizan Razak

Syafiqah Jalal
21/03/2021
07:35 MYT
Pelakon Zizan Razak akui teruja apabila dapat membawa idea filem lama Bujang Lapok versi 2020 di dalam filem Bulan & Pria Terhebat (BPT).
Menurut Zizan meskipun dia bukan peneraju utama filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar itu namun dia gembira kerana ditawarkan peranan penting.
“Saya seronok berlakon dalam filem ini kerana saya bukan memegang watak utama tetapi diberi peranan yang sangat penting dalam jalan ceritanya.
“Selain itu, apa yang membuatkan saya teruja apabila Ghaz meminta saya membawa konsep Bujang Lapok versi tahun 2020 untuk watak saya, Bell Ngasri dan Alif Hadi.
“Bila saya lihat hasilnya, saya gembira kerana perancangan saya dan Ghaz untuk filem ini berjaya,” katanya kepada Gempak.
BPT yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Tambah Zizan lagi, dalam filem ini unsur komedi yang dibawakan agak berbeza kerana dia lebih banyak menjadi pencetus unsur komedi di antara Bell dan Alif.
“Saya harap penonton akan memahami apa yang cuba saya sampaikan nanti kerana perwatakan saya dilihat tidak kelakar seperti biasa.
“Ia kerana saya membawa peranan seperti P.Ramlee di dalam Bujang Lapok di mana hanya menjadi pencetus kepada unsur lucu Bell dan Alif.
“Namun saya percaya gabungan kami dalam filem ini pasti membuatkan ramai tak kering gusi,” katanya lagi.
Gandingan tiga pelakon itu menarik perhatian dalam BPT apabila mudah mencetuskan gelak tawa penonton. Filem bergenre aksi komedi itu sudah berada di panggung rumah anda, Astro First sejak 11 Mac.
Sekadar info, Bujang Lapok merupakan filem komedi Melayu tahun 1957 yang turut dibintangi oleh Allahyarham Datuk Aziz Sattar dan Allahyarham S. Shamsuddin.
Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Jangan lupa saksikan filem Bulan & Pria Terhebat di Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.