,
Laman Utama

"Saya Anggap Perempuan Ini Seperti Anak Sendiri" - Bekas Isteri ND Lala

Amri Hassan
22/08/2023
03:25 MYT
Selepas hampir sebulan mengumpul kekuatan, bekas isteri kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala, Datin Fauziah Sarman akhirnya membuka mulut menceritakan kisah sebenar pergolakan rumah tangganya.
Dedah Fauziah menerusi hantaran di Instagram, wanita terbabit (yang dikahwini ND Lala) benar merupakan teman baik kepada anak sulungnya, penyanyi Shila Amzah yang dikenalinya sejak sekian lama.
"Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya - malah lebih tepat memjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.
"Sava pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri, makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil atau besar yang kami adakan di mana-mana dia pasti ada.
BACA: 34 Tahun Kahwin, ND Lala Akhirnya Ceraikan Isteri Melalui WhatsApp
BACA: "Dia Rapat Dengan Mama"- Shila Amzah Dedah Isteri Baharu ND Lala Sering Datang Tidur Dirumahnya
BACA: Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran Penyondol

Dakwaan ND Lala bernikah tahun 2019

"Saya masih ingat, pada 2019, anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang abahnya (ND Lala) sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.
"Beberapa hari selepas dapat tahu saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak-anak saya dan bertanya sendiri - jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai 'orang tuanya'," dedahnya.
Konflik lebih hebat apabila wanita berkenaan membuat laporan polis terhadap anak Fauziah menyatakan terbabit dengan dakwaan mencuri kenderaan.
"Tiba-tiba anak saya dapat panggilan dari polis pada bulan 2 mengatakan perempuan itu buat laporan polis kata anak saya curi kereta. Perempuan ini mengarahkan abah anak-anak saya supaya anak saya kena pulangkan kereta itu. Abah anak-anak saya hanya ikut arahan perempuan ini.
"Yang paling menyedihkan ketika menyerahkan kembali kereta ini anak saya 'dipaksa' mengaku kesilapan dan kena mintak maaf secara bertulis dan perlu menandatangani surat di depan bapa kandungnya sendiri!
"Abah anak saya turut menyuruh anak saya ikut apa saja perempuan ni suruh dan Sambil abah anak-anak saya disuruh record guna hp perempuan ini dengan arahan perempuan ini tapa rasa bersalah.
"Saya menerima takdir yang tertulis buat saya apabila 34 tahun usia perkahwinan kami dinoktahkan secara kiriman WhatsApp suara (voice note) pada 8 Ogos lalu dan lafaz dibuat pada 2 Ogos lalu sebelum anak sulung kami dinikahkan sendiri oleh abahnya pada 5 Ogos lepas," lanjut bicaranya.

Tak pernah terfikir bercerai

Tidak terlintas kata Fauziah untuk melihat perkahwinan yang dibina bersama ND Lala berkecai akhirnya namun dia mengharapkan kisah rumah tangganya menjadi iktibar wanita lain.
"Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun, saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu but empat orang anak saya.
"Tidak pernah langsung saya terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.
"Mahu atau tidak kerana kerjaya anak sulung saya, tempiasnya terkena kepada saya - apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini dilakukan dengan cara yang bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami (yang bukanlah muda) malah kami sudah punya 2 orang cucu.
"Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati, mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya. Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi airmata. Tada lagi rasa menyalahkan diri sendiri.
"Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita, yang pernah menjadi isteri, rasa jiwa seorang ibu ingin saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran but semua.

Waspada, wanita jangan beri ruang!

"Coretan ini saya kongsikan supaya wanita-wanita di luar sana agar lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin kita anggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat.
"Janganlah memberi ruang yang terlalu luas hingga mata kita menjadi kabur melihat drama yang akan diciptakan manusia seperti ini.
"Menjadi baik dan bersangka positif itu jelaslah perlu dalam limit yang sangat kita jaga kerana tak semua manusia akan memikirkan lumat jiwa manusia lain. Malah mereka tidak akan kisah mengisar halus emosi kita untuk meraih kemenangan dalam drama sebabak ini," tambahnya.
Fauziah dan ND Lala telah sah bercerai pada 8 Ogos lalu selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar