,
Berita

"Saya Akui Berasa Tertekan Sebab..." - Ben Ladin

Asraf Aided
11/04/2019
14:11 MYT
Penyanyi muda, Ben Ladin akui berasa tertekan untuk menghasilkan single terbarunya tidak lama lagi.
Menurut Ben, sambutan untuk single pertamanya Hikayat Benladin sebelum ini agak memberangsangkan dan peminat serta pihak syarikat rakamannya telah meletakkan harapan yang lebih tinggi untuk single terbaru selepas ini.
"Insya-Allah, saya akan melancarkan lagu terbaru selepas musim perayaan (Aidilfitri) ini.
"Sekarang kami masih mencari idea dan mengumpul material untuk menjadikan lagu itu berkualiti dan sedap didengar.
"Saya akui berasa sedikit tertekan kerana lagu pertama saya dahulu mendapat sambutan yang baik dari pendengar, jadi untuk kali ini, pihak syarikat rakaman dan peminat telah meletakkan harapan yang lebih tinggi kepada saya untuk hasilkan lagu yang lebih baik," kata Ben kepada Gempak.
Ben ditemui di pertunjukan fesyen Starvilion Balik Raya 2019 bertempat di Royal Palace Shah Alam petang tadi.
Ben merupakan salah seorang artis yang berkolaborasi bersama jenama kegemaran ramai itu.
Selain Ben, Starvilion turut berkolaborasi bersama Sherry Al-Hadad, Jihan Muse, Kamal Adli, Wak Doyok, Khai Bahar, Zahirah Macwilson dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Lakukan Bukan Untuk Duit" - Benladin

gempak
16/03/2020
12:11 MYT
Hiburan

"Saya Minta Nasihat Dari..." - Benladin Alami Perubahan Vokal

gempak
10/03/2020
06:51 MYT
Hiburan

"Saya Mahu Dikenali Menerusi Hasil Karya" - Benladin Tak Mahu Sertai Program Realiti?

gempak
06/03/2020
06:35 MYT
Hiburan

"Saya Akan Kekalkan Konsep Muzik Saya" - Benladin

gempak
05/03/2020
04:33 MYT
Hiburan

Benladin Tampil Dengan Single Rampung, Kerjasama Kedua Dengan Malique

gempak
04/03/2020
11:18 MYT