,
Laman Utama

“Saya Akan Simpan Syiling Emas Ni Untuk Fatima”- Fazura Dapat Hadiah Dari Permaisuri Selangor

Syafiqah Jalal
07/09/2021
01:57 MYT
Pelakon dan penyanyi, Fazura teruja apabila menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Hadiah berupa beberapa keping syiling emas serta buku-buku keagamaan itu diterima dalam satu kotak serba kuning.
“Junjung kasih Tuanku, Faz akan simpan syiling emas ini untuk Fatima. Masya-Allah dapat buku-buku bermanfaat.
“Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini. Love you so much,” katanya.
Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story mililknya.
Menerusi entri tersebut dia membuka satu persatu hadiah pemberian Tengku Permaisuri.
Dalam masa yang sama, tuanku turut menulis ucapan khas buat Fazura.
“Thank you for always being kind to me,” tulis permaisuri.
Terdahulu, pelakon Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas kiriman hadiah sempena perkahwinannya pada 21 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.